Honor 9X Dikhabarkan Hadir Dengan 4 Kamera, Bateri 4000mAh Bersama Pengecasan 20W

Salah satu keluaran HONOR yang mendapat sambutan hangat adalah model HONOR 8X. Datang menjengah pasaran dengan spesifikasi baik, model ini turut mencuri tumpuan kerana dijual pada harga yang berpatutan.

Sebuah model disebut sebagai HONOR 9X Pro, dilapor bakal menggantikan HONOR 8X telah mula dibualkan ketika ini. Memetik kicauan daripada Twitter @RODENT950, HONOR 9X Pro mungkin tampil dengan tetapan 4 kamera belakang, terdiri daripada sensor 48MP Sony IMX 582, 8MP sudut lebar, 2MP macro dan 2MP untuk kesan depth. Bahagian hadapan mungkin menggunapakai lensa 25MP.


Skrin paparannya dijangka antara 6.5 inci atau 6.7 dari jenis LCD dan dibekalkan dengan bateri 4000mAh bersama-sama pengecasan pantas 20W. Kicauan tersebut turut menyebut HONOR 9X Pro akan hadir dengan rekaan kaca 3D. Pelancarannya diramal berlaku sekitar bulan Ogos depan.

Laporan lain pula menyatakan bahawa HONOR 9X Pro sudah mendapat pengesahan di Rusia dengan nombor kod HLK-L41 sementara sebuah lagi dinyatakan sebagai HONOR 9X dengan kod HLK-AL10.

Kapsyen: via GizChina


Perlu diingatkan, ini adalah sekadar perkhabaran awal sahaja dan spesifikasi yang dinyatakan belum dapat dipastikan kesahihannya. Oleh itu, sama-sama kita nantikan sama ada terdapat pengumuman rasmi yang mengenainya daripada syarikat pengeluar.