Tak Ada Boleh ‘Challenge’, Telefon Ni Ada ‘Glass Back’, RAM Dan Storan Besar Tapi Bawah RM700

Kebelakangan ini, telefon dengan storan 128GB sudah menjadi kebiasaan. Tapi, untuk storan 256GB, agak mahal dan sangat jarang ditawarkan bagi kelas permulaan.

Tapi, tahukah anda Xiaomi Malaysia ada bawa masuk sebuah telefon dengan storan 256GB untuk harga bawah RM700 tapi hadir dengan rekaan premium?

Redmi 12




Redmi 12 baru saja dilancarkan di Malaysia. Dengan harga ditawarkan, anda mungkin setuju bahawa ia sebuah telefon dengan harga rendah yang berbaloi tapi ada ciri premium. Sebab apa? Teruskan menatal.

RAM dan ROM yang besar




Telefon ini mempunyai 2 pilihan iaitu 4GB RAM + 128GB ROM dan 8GB RAM + 256GB ROM.

Varian 8GB RAM + 256GB mungkin jadi pilihan ramai disebabkan harganya yang cuma RM699.

Tahukah anda, untuk kombinasi storan ini, harganya adalah terendah dalam pasaran tempatan sekarang.



256GB tak cukup? Jangan risau sebab Redmi 12 sokong kad memori microSD sebesar 1TB.

Bergaya dengan panel kaca premium




Selalunya, telefon dengan harga begini pasti hadir dengan rekaan ala kadar, “asal ada je” kata netizen.

Berbeza dengan Redmi 12 ini sebab ia menggunakan panel kaca premium di belakang. Amboi, bukan main!



Kemudian, kamera belakangnya yang tampil bersama premium glass back ini menambahkan lagi keindahan sebab guna rekaan infinite baru yang jarang ada pada telefon dalam kelasnya.



Kalau orang kata “Biar papa asal bergaya,” tapi dengan Redmi 12, berbeza, kerana anda tak perlu berbelanja lebih pun untuk nampak bergaya.

Skrin besar lagi puas




Suka skrin besar? Telefon ini dilengkapi skrin 6.79” dengan resolusi FHD+ (2460x1080). Jangan tak tahu, Redmi 12 ini jadi telefon dengan skrin paling besar dalam sejarah siri Redmi yang bernombor.



Bukan itu saja, malah refresh rate dia pula setinggi 90Hz dengan ciri Adaptive Sync.

Soal kesihatan mata pun tak diabaikan. Peranti ini ada pengiktirafan Low Blue Light daripada SGS dan mempunyai ciri Reading Mode 3.0. Jadi, kuranglah sikit letih mata tu.

Tiga kamera termasuk 50MP




Tadi ada cakap pasal rekaan kamera yang stail, kan? Mana cukup design saja nampak style.

Redmi 12 ini mempunyai 3 kamera di belakang iaitu 50MP utama, 8MP sudut lebar dan 2MP makro.



Selain itu, tujuh filter filmCamera daripada Xiaomi sendiri pun ada dimasukkan, pertama kali untuk sebuah telefon dalam siri bernombor Redmi.

Jualan




Redmi 12 mula dijual di kedai rasmi Xiaomi di seluruh Malaysia dan dalam talian mulai 15 Julai 2023. Tiga warna tersedia ialah Midnight Black, Sky Blue dan Polar Silver.

  • RAM 4GB + ROM 128GB berharga RM599

  • RAM 8GB + ROM 256GB berharga RM699


Untuk masa terhad, varian 4/128GB dijual pada harga RM499, esklusif di Lazada dan Shopee, selagi stok masih ada. Jadi, apa lagi, singgah ke mana mana kedai rasmi Xiaomi pada 15 Julai nanti, atau terus klik pautan di bawah kalau berminat.

**Artikel ini dibawakan oleh Xiaomi Malaysia