Honor Beri Gambaran Peranti Baru Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September yang lalu, Honor Malaysia dilihat melakukan kelainan dalam meraikan sambutan berkenaan. Mereka telah membuat kiriman video pendek di laman Facebook rasmi mereka yang memaparkan satu peranti ber-imejkan Jalur Gemilang bergerak menaiki tiang bendera.



Di samping mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada rakyat negara ini, Honor mengambil kesempatan untuk turut mengumumkan sebuah peranti baru yang bakal tiba ke K.Lumpur tidak lama lagi. Akan tetapi, model peranti itu tidak didedahkan.

Menurut komen pengikut Facebook Honor Malaysia di kiriman berkenaan, ramai yang mengharapkan peranti yang dimaksudkan ialah Honor Note 10. Namun, melihat kepada imej peranti dalam video itu, ia mempunyai rekaan takuk dan Note 10 tidak memilikinya.

Oleh sebab itu, kami menjangkakan peranti tersebut ialah Honor 8X. Peranti kelas pertengahan terbaru Honor itu telah diperkenalkan di China awal bulan lalu. Ia hadir dengan cip Kirin 710, memori 6GB, simpanan dalam 64GB/128GB serta dwi-kamera utama 20MP + 2MP.



Model ini juga mempunyai rekaan takuk kecil yang akan menyembunyikan lensa kamera swafoto 16MP-nya, sama seperti imej dalam video. Ia akan hadir dengan dua slot nano SIM serta satu slot bagi kad mikroSD selain mempunyai empat pilihan warna(hitam, biru, merah, merah jambu).

Honor Note 8 ini dipasarkan di pasaran China pada harga RM 1,399(~RM 845) untuk variasi 64GB dan RMB 1,899(~RM 1,147) bagi model 128GB. Kita mungkin akan mengetahui peranti sebenar yang dimaksudkan oleh Honor ini dalam masa terdekat.

 

Kredit gambar : Android Authority

Sumber