Seperti yang diketahui, jenama HONOR memfokuskan kepada harga mampu milik jadi terdapat banyak spesifikasi 'marhaen' yang mengurangkan kos penghasilannya. Yang pertamanya, skrin peranti adalah diperbuat dari LCD berukuran 6.5 inci Full HD+ dan juga disertakan rekaan punch-hole memuatkan kamera swafoto 16MP. Selain itu, pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian sisi, bukannya di bahagian belakang peranti.
Trend meletakkan pengimbas cap jari di bahagian sisi ini semakin meluas digunakan. Sebagai contoh siri realme 6 dan siri Redmi Note 9 juga melakukan perkara sama. Mungkin pengeluar mahu membezakan peranti moden yang terkini dengan peranti 'usang' yang mempunyai pengimbas cap jari di bahagian belakangnya.
Beralih kepada bahagian belakang, terdapat 5 lensa diketuai oleh 64MP utama + 8MP telefoto dengan 3x zoom optikal + 8MP sudut lebar + 2MP depth.
Dengan penggunaan cip Kirin 820 5G, secara tidak langsung ia menandakan pengakhiran era Kirin 810 dalam kategori kelas pertengahan Huawei & HONOR. Memori pula terdapat dalam 2 pilihan iaitu 8GB/128GB dan 8GB/256GB.
Dari segi perisian, peranti menjalankan Magic UI 3.1.1 berasaskan Android 10. Peranti tidak mempunyai GMS (sudah semestinya) jadi ia disertakan dengan HMS untuk sokongan pemasangan aplikasi.
Bateri HONOR 30S berkapasiti 4,000mAh dan turut menyokong pengecasan pantas 40W. Terdapat 4 pilihan warna iaitu hitam, biru, hijau, dan juga gradient. Di China, ia dipasarkan bermula harga CNY 2,399 (~RM1,454). Seperti biasa untuk pasaran Malaysia, kita perlu menunggu lebih lanjut sama ada ia akan hadir atau tidak ke sini.
Berkaitan
- HONOR 9X PRO Rasmi Berharga RM999 - Naik Taraf 9X Dengan Cip Kirin 810 Yang Lebih Berkuasa
- HONOR Melancarkan X10 Max - Skrin Gergasi 7.09 Inci Dengan Cip Dimensity 800
- HONOR Mengacah Kehadiran HONOR 9X Untuk Pasaran Tempatan
- HONOR MagicBook 14, MagicBook 15, Dan MagicBook Pro Diumumkan Dengan Cip AMD Ryzen 4000
- Mahukan HONOR MagicBook Dengan CPU Ryzen 4000? Tunggu Pelancarannya 16 Julai Ini
- HONOR 30, 30 Pro, Dan 30 Pro+ Dilancarkan - Kamera 50MP, Lensa Periskop, Dan Cip Kirin Terbaharu
- HONOR 60 SE 5G Dilancarkan Di China - Pertama Dengan Cip MediaTek Dimensity 9000
- Ini Senarai Model Telefon Huawei Dan HONOR Yang Boleh Menjalankan Harmony OS
- HONOR 9X Stoned & Co Edisi Khas Akan Tiba 20 Disember Ini
- HONOR 30 Pro+ Kini Peranti Dengan Kamera Kedua Terbaik DxOMark Dengan Skor 125