Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor x10 max

HONOR Melancarkan X10 Max – Skrin Gergasi 7.09 Inci Dengan Cip Dimensity 800

Diterbitkan Julai 3, 2020 oleh Meor Hasyim

Hari ini bertempat di China, HONOR telah melancarkan sebuah peranti baharu dengan saiz yang besar iaitu HONOR X10 Max. Ia merupakan peranti 5G dengan penggunaan cip MediaTek Dimensity 800.

HONOR X10 Max Announced With Gigantic Display & Large Battery

Peranti ini mempunyai saiz skrin berukuran 7.09 inci yang mana agak besar untuk norma peranti pintar sekarang. Resolusinya adalah Full HD+ dengan panel IPS LCD dan menyokong HDR10. Skrin ini juga memuatkan takuk kecil untuk lensa swafoto 8MP.

Untuk prestasi, selain dijana cip Dimensity 800, ia hadir dengan RAM 6GB/8GB dan storan dalaman 64GB/128GB. Modul kamera belakang pula direka petak dan mempunyai 2 lensa 48MP utama dan 2MP untuk depth.

Honor X10 Max is official with 7.09-inch IPS LCD, Dimensity 800 5G and 5,000mAh battery

Dengan saiz yang besar, ia menawarkan kapasiti bateri 5,000mAh serta pengecasan pantas 22.5W. Untuk perisian, terdapat Magic UI 3.1 yang berasaskan Android 10.

Di China, HONOR X10 Max dijual dalam 3 pilihan warna – biru, perak, dan hitam. Untuk harga permulaan, ia dipasarkan bermula CNY 1,899 (~RM1,151).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY