Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HONOR 60 SE 5G Dilancarkan Di China – Pertama Dengan Cip MediaTek Dimensity 9000

Posted on Februari 8, 2022

Beberapa bulan lalu, pihak HONOR selesai melancarkan HONOR 60 dan HONOR 60 Pro di China.

Tak cukup dengan 2 model, HONOR kini menambah lagi sebuah model lebih mampu milik iaitu HONOR 60 SE 5G dalam siri yang sama.

Walaupun spesifikasi penuh telefon ini belum dikongsikan secara rasmi oleh HONOR sendiri, mereka sebenarnya sudah pun mengambil pra-tempahan di sana.

Melalui poster rasmi HONOR 60 SE 5G, telefon ini membawakan paparan 120Hz dengan lubang, pengecasan 66W, dan kamera utama 64MP diiringi 2 lagi lensa tambahan lain.

Memori yang ditawarkan pula adalah RAM 8GB dengan pilihan storan sehingga 256GB.

Jika mengikut beberapa laporan sebelum ini, HONOR 60 SE 5G dipercayai menjalankan MediaTek Dimensity 9000 – menjadikannya telefon pertama dengan cip itu.

Tambahan, 2 lagi lensa tambahan itu dikatakan adalah 8MP sudut lebar dan 2MP yang tidak diketahui.

Sementara jumlah kapasiti bateri masih menjadi tanda tanya.

Di China, HONOR 60 SE 5G dijual bermula 2,199 yuan iaitu sekitar RM1453.

Sebelum ini di Malaysia, pihak HONOR telah melancarkan HONOR 50 pada 18 Oktober 2021.

Dengan HONOR 60 SE 5G pun sudah dilancarkan di China, mungkin pihak HONOR Malaysia boleh bersiap sedia untuk membawa ketiga-tiga HONOR 60, HONOR 60 Pro, dan HONOR 60 SE 5G ke sini dalam masa yang terdekat.

Sumber: Gizmochina

Baca juga:

  • Tak Tunggu Lama, HONOR 60 Pula Dilancarkan Dengan Kamera 108MP
  • Harga Samsung Galaxy S22 Ultra Mungkin Mencapai Sehingga RM6399 Di Malaysia – Guna Cip Snapdragon 8 Gen 1
  • Mungkin Selepas Ini Eropah Tidak Ada Facebook Dan Instagram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress