Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR 9X Stoned Co

HONOR 9X Stoned & Co Edisi Khas Akan Tiba 20 Disember Ini

Diterbitkan Disember 16, 2019 oleh Meor Hasyim

HONOR Malaysia telah mengumumkan kolaborasi bersama-sama dengan jenama pakaian tempatan, Stoned & Co melalui model HONOR 9X. Kini, pihak HONOR mula mempertunjukkan rekaan peranti tersebut bersama-sama kotaknya yang juga direka secara khas oleh pihak Stoned & Co.

HONOR 9X

Apa yang menarik, edisi khas HONOR 9X kali ini akan dipasarkan pada harga yang sama iaitu RM999. Jadi tiada peningkatan harga walaupun ia merupakan model edisi eksklusif.

Walau bagaimanapun, ia akan tersedia pada kuantiti yang sangat kecil. Hanya akan ada 200 unit sahaja yang akan dijual bermula pada 12.00am 20 Disember ini.  100 unit peranti boleh didapati melalui laman rasmi HONOR. Manakala 100 unit lagi tersedia melalui kedai fizikal HONOR Experiences Store (HES) bertempat di Sunway, Pyramid.

Bersama-sama dengan pembelian HONOR 9X Stoned & Co edisi khas ini, kotak peranti tersebut akan memegang kod siri unik yang berbeza antara unit lain. Ia bermula dari 001/200 sehingga 200/200 untuk memberikan pengguna keunikan memiliki peranti.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi HONOR Malaysia dan juga akaun Facebook rasmi HONOR Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY