Untuk anda yang kecewa dan mahukan MagicBook dengan cip Ryzen 4000, mungkin anda perlu menunggu 16 Julai ini. Ini adalah disebabkan HONOR akan melancarkan sebuah MagicBook baharu dengan cip Ryzen pada tarikh tersebut.
Melalui seorang pelapor popular dalam arena komputer riba dan PC, dikatakan HONOR mungkin akan menggunakan 2 varian cip Ryzen 4000 iaitu Ryzen 7 4800H dan Ryzen 4600H dalam MagicBook Pro.
https://twitter.com/_rogame/status/1282445227966582784
Kedua-dua jenis cip ini sudah digunakan dalam kebanyakan pengeluar komputer riba dan ketibaannya dalam portfolio HONOR semestinya menggembirakan peminat MagicBook.
Melalui maklumat tersebut juga, MagicBook yang baharu ini masih lagi tidak menggunakan kad grafik khusus Nvidia ataupun dari AMD sama seperti model sebelumnya. Namun disebabkan prestasi grafik terbina dari AMD Ryzen 4000 yang lebih berkuasa, grafik Vega tersebut akan setaraf atau lebih kurang sahaja dengan prestasi dari Nvidia MX350.
Antara aspek positif dengan tidak menyertakan sebarang kad grafik adalah komputer riba tidak menggunakan kuasa pemprosesan yang tinggi. Secara tidak langsung ia boleh dibina dengan rekaan yang nipis pada masa yang sama masih mencukupi untuk menyejukkannya.
Jadi untuk anda yang tidak sabar-sabar dengan pengumuman MagicBook HONOR terbaharu ini, ayuh nantikannya 16 Julai ini.
Sumber: Weibo
Berkaitan
- HONOR 9X Stoned & Co Edisi Khas Akan Tiba 20 Disember Ini
- Komputer Apple Seterusnya Dijangka Akan Gunakan Cip AMD Ryzen Pula
- HONOR MagicBook Pro 2020 Dikemaskini Dengan Cip Intel Gen-10 Dan Grafik Nvidia MX350
- HONOR Band 6 Kini Lebih Elegan Dengan Skrin Penuh AMOLED 1.47 Inci
- Siri HONOR 9X Terjual Melebihi 10 Juta Unit Di Seluruh Dunia
- HONOR 9X - Peranti Pintar Dengan Fungsi Menarik Bawah RM1,000
- Cip Samsung Exynos Grafik Dari AMD Mungkin Diumumkan Seawal Tahun Hadapan
- HONOR Mengacah Kehadiran HONOR 9X Untuk Pasaran Tempatan
- AMD Memperkenalkan Siri Radeon RX 6000 Untuk Bersaing Dengan Siri RTX 30 Nvidia
- AMD Umum Cip Papan Induk B550 Dengan Sokongan Pemprosesan Zen3