Sekilas mata memandang, boleh dikatakan kesemua model HONOR 30 ini merupakan versi mampu milik Huawei P40 memandangkan spesifikasi dan varian yang dilancarkan adalah lebih kurang sama. Namun masih ada kelainan yang mengasingkan antara dua jenama ini.
HONOR 30
Bermula dengan model asas HONOR 30, ia mempunyai saiz paling kecil dengan 6.53 inci OLED Full HD+. Terdapat lubang kamera memuatkan 32MP kamera swafoto dan turut menyokong pengimbas cap jari.
Kamera belakang pula dimuatkan dengan 40MP lensa utama dibantu 8MP lensa zum periskop dan 8MP sudut lebar. Antara perkara menarik mengenai peranti adalah ia menggunakan cip Kirin 985 yang terbaharu. Prestasinya adalah hampir dengan Kirin 990 pada peranti yang lebih mahal.
Konfigurasi memori pula terdapat dalam 3 pilihan iaitu 6GB/128GB, 8GB/128GB, dan 8GB/256GB.
Untuk bateri ia dimuatkan dengan kapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 40W. Terdapat 3 pilihan warna hitam, ungu, dan hijau. Peranti dijual pada harga bermula RMB 2,999 (~RM1,842).
HONOR 30 Pro
Model lebih berkuasa adalah HONOR 30 Pro. Skrinnya sedikit besar pada 6.57 inci OLED Full HD+. Kali ini terdapat lubang berbentuk pil yang memuatkan dua buah lensa swafoto 32MP utama+ 8MP sudut lebar pada paparannya.
Tetapan kamera belakang adalah sama dengan HONOR 30 iaitu 40MP utama dan 8MP lensa zum periskop namun untuk peranti ini ia menggunakan sensor 16MP untuk sudut lebar.
Cip dijana oleh Kirin 990 5G yang lebih berkuasa dengan pilihan memori 8/128GB dan 8/256GB. Bahagian bateri adalah sama iaitu mempunyai kapasiti 4,000mAh dengan pengecasan 40W.
Untuk harga jualan ia dipasarkan bermula RMB 3,999 (~RM2,457) dalam pilihan 4 warna iaitu ungu, hitam, perak, dan hijau.
HONOR 30 Pro+
Bintang dalam siri HONOR 30 ini, HONOR30Pro+ mempunyai spesifikasi paling hampir dengan siri Huawei P40. Paparannya adalah bersaiz sama dengan HONOR 30 iaitu 6.57 inci OLED Full HD+ namun untuk kadar segar semulanya dipertingkatkan kepada 90Hz. Input sentuhan juga dinaikkan ke 180Hz sebagai naiktaraf sebuah flagship selayaknya.
Antara perkakas menarik selain paparan adalah tetapan kamera belakangnya. Ia menggunakan sensor utama 50MP IMX70 dari Sony. Selain itu terdapat lensa 8MP periskop, dan 16MP lensa sudut lebar.
Untuk bahagian swafoto ia mempunyai kelengkapan sama seperti HONOR 30 iaitu 2 buah lensa 32MP utama dan 8MP sudut lebar. Cip yang digunakan juga adalah sama Kirin 990 5G dengan padanan 8GB/12GB serta storan dalaman 256GB.
Aspek bateri tidak berbeza banyak dengan 4,000mAh serta pengecasan pantas 40W namun kali ini terdapat tambahan pengecasan tanpa wayar selaju 27W.
Hanya 3 pilihan warna yang dijual iaitu hitam, hijau, dan perak dalam harga jualan bermula RMB 4,999 (~RM3,071).
Berkaitan
- Huawei Mate 30 Pro 5G Akan Jadi Peranti Pertama Rasmi Untuk Guna Rangkaian 5G Di Malaysia
- realme 7 Pro Dijual Secara Rasmi Pada RM1499, realme 7 Pula RM1299
- Alienware M15 Dan M17 R4 Dengan RTX 3070 Kini Di Malaysia Bermula RM10,799
- Google Pixel 4a Dilancarkan - Snapdragon 730G, RAM 6GB, 3140mAh Dan Kamera 12MP
- Program i-Sinar KWSP Kini Diperluaskan, Boleh Keluarkan Sehingga RM10,000 Dari Akaun 1
- Poco X2 Dilancarkan - Jelmaan Semula Redmi K30?
- #KitaBantuKita - Program Jimat Belanja Kerjasama Lazada Dan TNG Digital Untuk Pemulihan Covid-19
- Pelan U Mobile GX30/GX38 Kini Hadir Dengan Kelajuan 6Mbps Dan Hotspot 6GB
- Cip Kirin 9000 Lebih Berkuasa Dari Snapdragon 865+, Hadir Dengan Pemprosesan Grafik Sehingga 24 Teras
- AMD Memperkenalkan Siri Radeon RX 6000 Untuk Bersaing Dengan Siri RTX 30 Nvidia