Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR 200 Dan HONOR 200 Pro Sah Masuk Pasaran Malaysia

HONOR 200 Dan HONOR 200 Pro Sah Masuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan Jun 4, 2024 ยท Dikemas kini Jun 4, 2024 oleh Amsyar Latif

Sebelum ini, HONOR Malaysia mengacah kehadiran siri HONOR 200 ke pasaran Malaysia. Namun, ada yang tertanya-tanya, adakah satu model sahaja yang ditawarkan seperti mana siri Magic6, hanya model pro sahaja dibawa masuk.

Bagaimanapun, HONOR Malaysia hari ini mengesahkan yang HONOR 200 dan HONOR 200 Pro bakal dijual secara rasmi untuk pasaran tempatan.

Imbas kembali untuk spesifikasi pasaran China, model HONOR 200 dikuasakan Snapdragon 7 Gen 3 dengan jenis skrin OLED bersaiz 6.7 inci. Baterinya pula berkapasiti 5,200mAh dan pengecasan pantas 100W.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari

Sementara itu, HONOR 200 Pro menggunakan cip Snapdragon 8s Gen 3 dengan skrin yang masih sama iaitu jenis OLED tapi berbeza pada saiz 6.78 inci. Baterinya juga hadir dengan kapasiti 5,200mAh tapi dilengkapi dengan dua kaedah pengecasan, berwayar 100W dan wayarles 66W.

Tambahan lagi, dalam siri ini juga, HONOR bekerjasama dengan studio fotografi terkemuka di Paris, iaitu Studio Harcourt untuk membangunkan HONOR AI Portrait Engine yang membolehkan ia menghasilkan gambar potret bertaraf studio.

Bagi yang ternanti-nanti, siri HONOR 200 ini bakal dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat. Kami boleh menjangkakan harganya agak kompetitif dengan pesaingnya seperti siri POCO F6 dan juga siri realme GT 6.

Sumber: Siaran media HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY