Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR upcoming AI

Siri HONOR 200 Bakal Dilancar Buat Pasaran Global Jun Depan, Fokus Potret Dan AI

Diterbitkan Mei 23, 2024 ยท Dikemas kini Mei 23, 2024 oleh Amsyar Latif

HONOR semalam membuat kemunculan pertama dalam acara VivaTech, salah satu acara teknologi dan inovasi terbesar Eropah.

Dalam acara tersebut, mereka mendedahkan strategi masa hadapan mereka dalam penggunaan teknologi kecerdasan buatan yang mana mereka menggelar seni bina AI empat-lapisan.

Tambahan lagi, HONOR juga bekerjasama dengan Google Cloud untuk memberikan pengalaman Gen-AI buat peranti mereka akan datang.

HONOR AI

Oleh yang demikian, siri HONOR 200 yang bakal dilancarkan pada 12 Jun di Paris akan menjadi peranti HONOR pertama menggunapakai teknologi AI baharu daripada HONOR.

{suggest}

HONOR 200 potret

Siri HONOR 200 dilihat akan memfokuskan fotografi potret. Ia juga bakal menerapkan penggunaan AI dalam menghasilkan kembali gambar daripada Harcourt Studio, sebuah studio fotografi Perancis yang sangat dikenali dalam mengambil gambar potret selebriti.

HONOR Potret

Buat masa sekarang, tidak banyak maklumat berkaitan siri HONOR 200 tetapi dikhabarkan HONOR 200 akan menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 3 dan HONOR 200 Pro dikuasakan Snapdragon 8s Gen 3.

Apa-apa pun, kedua-dua peranti tersebut bakal diperkenalkan secara rasmi pada 27 Mei di China sebelum ia dilancarkan secara rasmi buat pasaran global bulan depan.

Sumber: HONOR, weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY