Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘s New AI Aesthetic Flagship Smartphone Coming To Malaysia Soon

HONOR Mengacah Kehadiran Siri HONOR 200 Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan Mei 28, 2024 oleh Athirah Isa

Baru-baru ini, HONOR telah melancarkan dua telefon pintar baharu di China. Dua peranti tersebut adalah HONOR 200 dan 200 Pro.

Model HONOR 200 ini dikuasakan oleh Snapdragon 7 Gen 3 dengan jenis skrin OLED bersaiz 6.7 inci. Baterinya pula berkapasiti 5,200mAh dan pengecasan pantas 100W.

Sementara itu, HONOR 200 Pro menggunakan cip Snapdragon 8s Gen 3 dengan skrin yang masih sama iaitu jenis OLED tapi berbeza pada saiz 6.78 inci. Baterinya juga hadir dengan kapasiti 5,200mAh tapi dilengkapi dengan dua kaedah pengecasan, berwayar 100W dan wayarles 66W.

Pada 12 Jun 2024, siri HONOR 200 akan dilancarkan secara global dengan menggunapakaikan teknologi AI baharu daripada HONOR.

Pada masa sama, HONOR Malaysia juga telah mengeluarkan poster di Facebook tentang kehadiran peranti terbaru untuk pasaran tempatan. Berdasarkan poster yang dikongsikan, ia adalah modul kamera siri HONOR 200.

Selain itu, dengan penekanan AI, ia adalah seiring dengan apa yang dikatakan HONOR sebelum ini semasa acara Vivatech.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Siri HONOR 200 Rasmi Di China, Pengecasan 100W Dan Snapdragon 8s Gen 3

Pada masa ini, fungsi AI HONOR yang telah ditawarkan adalah termasuk AI Motion Sensing, Magic Portal, Magic Capsule, AI Privasi dan Perlindungan Mata AI.

Walau bagaimanapun, belum pasti lagi adakah kedua-dua model dibawa masuk atau mungkin salah satu model sahaja yang rasmi di Malaysia.

Sumber: Siaran Media HONOR Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY