Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT 6

Siri realme GT 6 Akan Rasmi Di Malaysia Pada 20 Jun Depan

Diterbitkan Jun 4, 2024 ยท Dikemas kini Jun 7, 2024 oleh Amsyar Latif

Siri realme GT merupakan peranti yang agak berkuasa tetapi dijual pada harga mampu milik. Kini, realme mengesahkan kehadiran model terbarunya, siri realme GT 6 untuk pasaran global dan juga Malaysia, iaitu pada 20 Jun 2024. Dua peranti yang dimaksudkan ialah, realme GT 6 dan realme GT 6T.

realme GT 6T telah pun dilancarkan di pasaran India yang mana ia menggunakan cip Snapdragon 7+ Gen 3, konfigurasi sehingga 12GB+512GB dan bateri 5500mAh dengan pengecasan 120W. Ia terdiri dari dua kamera, 50MP lebar dan 8MP ultra lebar. Sementara 32MP untuk swafoto.

photo_2024-06-04 11.13.13
photo_2024-06-04 11.13.16

Ia turut dilengkapi skrin berukuran 6.78 inci LTPO AMOLED 120Hz dengan kecerahan 1000 nits (typ)/1600 nits (HBM) dan 6000 nits (APL).

Sementara, realme GT 6 dikhabarkan menggunakan cip Snapdragon 8s Gen 3, menampilkan skrin 1.5K OLED, kamera 50MP, bateri 5,500mAh dan pengecasan 120W.

Disebabkan realme mengatakan peranti ini sebagai ‘flagship killer’, kita boleh jangkakan yang harga jualannya mungkin adalah menyaingi POCO F6 yang baru sahaja dilancarkan tempoh hari.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • realme Umum "Ahli Keluarga" Baharu Menerusi Siri P
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari

Sumber: Siaran media realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY