Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-28T154531.949

Siri HONOR 200 Rasmi Di China, Pengecasan 100W Dan Snapdragon 8s Gen 3

Diterbitkan Mei 28, 2024 · Dikemas kini Mei 28, 2024 oleh Muhd Idham

HONOR China baru sahaja melancarkan produk telefon pintar mereka yang terbaru yang dikenali sebagai siri HONOR 200.

Apa yang boleh dilihat dari sudut luarannya, dua model iaitu standard dan Pro mempunyai reka bentuk modul kamera belakang yang bujur dan menegak ke sisi kiri telefon.

HONOR 200

Siri HONOR 200 Rasmi Di China, Pengecasan 100W Dan Snapdragon 8s Gen 3

Model standard ini dikuasakan oleh Snapdragon 7 Gen 3 dengan sokongan GPU Adreno 720 dan sistem operasi MagicOS 8.0.

Untuk skrin, ia hadir dengan jenis OLED bersaiz 6.7 inci pada resolusi FHD+ (2664 x 1200) dan diterapkan perlindungan HONOR Oasis.

Kamera pula terdiri daripada lensa utama 50MP OIS (f/1.95), telefoto 50MP OIS (f/2.4), makro 12MP (f/2.2) dan swafoto 50MP (f/2.1). Rakaman video pula mencapai kadar resolusi 4K (3840 x 2160).

Bateri pula hadir dengan kapasiti 5,200mAh dan pengecasan pantas 100W.

Lain-lain ciri yang disertakan seperti Bluetooth 5.3, NFC, HONOR Histen 7.1 dan dwi-slot kad SIM.

HONOR 200 Pro

Siri HONOR 200 Rasmi Di China, Pengecasan 100W Dan Snapdragon 8s Gen 3

Untuk model Pro pula, ia menggunakan cip Snapdragon 8s Gen 3 dengan sokongan daripada GPU Adreno 735 dan menjalankan sistem operasi MagicOS 8.0.

Skrinnya masih sama dengan model standard iaitu jenis OLED tapi berbeza pada saiz, 6.78 inci serta resolusi FHD+ (2700 x 1224). Juga diterapkan ciri perlindungan paparan, HONOR Oasis.

Bahagian kamera sama sahaja untuk megapiksel tapi berbeza di apertur. Lensa utama 50MP OIS (f/1.9), telefoto 50MP OIS (f/2.4), makro 12MP (f/2.2) dan swafoto 50MP (f/2.1). Rakaman video juga sama pada kadar resolusi 4K (3840 x 2160).

Baterinya juga hadir dengan kapasiti 5,200mAh tapi dilengkapi dengan dua kaedah pengecasan, berwayar 100W dan wayarles 66W.

Lain-lain ciri yang disertakan seperti Bluetooth 5.3, NFC, HONOR Histen 7.1 dan dwi-slot kad SIM.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Pengguna iPhone Paling Setia, Tapi 57% Pengguna Telefon Android Ini Pula Mahu 'Lari' Ke Jenama Lain
  • Berapa Kali Anda Patut 'Shutdown' Telefon Anda? Ini Nasihat Pakar Keselamatan
  • Aplikasi CIMB Clicks Dialih Keluar Dari Gedung Aplikasi Bermula 11 Jun

Harga bagi HONOR 200 adalah bermula CNY2,699 (~RM1,748.13) untuk varian 8+256GB. Sementara, HONOR 200 Pro pula bermula CNY3,499 (~RM2,266.44) untuk varian 12+256GB.

Namun, ketersediannya di pasaran Malaysia masih lagi belum diumumkan tetapi siri ini akan dilancarkan secara global pada 12 Jun 2024 dan bakal masuk ke pasaran tempatan tak lama lagi.

Sumber: HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY