Seperti yang pernah kami nyatakan, sokongan fungsi GPU Turbo ini akan membantu dalam meningkatkan prestasi peranti bagi pengalaman bermain permainan video sehingga 60% lebih baik. Bukan itu sahaja, ia turut menoptimumkan penggunaan bateri bagi memberi penjimatan sehingga 30%.
Kredit : Honor
Fungsi GPU Turbo ini hanya menyokong dua permainan video iaitu PUBG Mobile dan Mobile Legends buat masa ini. Namun kami menjangkakan lebih banyak permainan akan menerima sokongannya pada masa akan datang.
Selain dari GPU Turbo, kemaskini peranti kali ini turut membawa sokongan penstabilan imej automatik(AIS). Ia akan meminimumkan kesan kabur serta gegaran bagi memberikan imej dan video yang lebih baik dan jelas, walaupun pada waktu kurang cahaya.
Bagi semua pemilik peranti Honor 10, anda boleh semak kemaskini terkini bagi perisian peranti anda dan mulakan kemaskini dengan segera untuk menikmati fungsi menarik ini.
Sumber
Berkaitan
- 10 Pelajar Di India Ditahan Polis Hanya Kerana Bermain PUBG Mobile
- Huawei Y9 vs Honor 10 Lite - Camera Comparison
- HONOR Band 5
- Bakal Juara Taiwan Excellence eSports Cup 2019 Akan Bawa Pulang RM10 Ribu
- [Ulasan Ringkas]- Aplikasi Podcast Ais Kacang
- Samsung Galaxy S10 Plus Rekod Markah DxOMark Tertinggi, Kongsi Kedudukan Bersama Huawei Mate 20 Pro
- Huawei Sengaja Mengusik Samsung Dalam Video Teaser Mate 10
- Variasi 8GB Honor View 10 Dilancarkan 14 Ogos Ini
- J.K Rowling Mengumumkan Tiga Keluaran E-Book terbaru Francais Harry potter.
- Honor Pula Acahkan Pelancaran Peranti Dengan Rekaan Lubang Kecil Pada Skrin