Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hollyland lark max 2

Hollyland LARK MAX 2 Hadir Dengan Rakaman 32-bit Dan Pembatalan Hingar AI

Diterbitkan Mei 28, 2025 oleh Amsyar Latif

Selain Lark A1, Hollyland turut melancarkan Lark Max 2, sistem mikrofon tanpa wayar profesional dengan rakaman format apungan 32-bit dan lima inovasi utama termasuk pemantauan tanpa wayar berkependaman rendah, pembatalan hingar AI, klip-Hover, dan salutan Nano eksimer.

Ia menyasarkan pencipta kandungan yang bekerja dalam persekitaran kompleks.

Menggunakan teknologi 2.4GHz anti-gangguan, Lark Max 2 membolehkan pemantauan audio dengan kependaman serendah 20ms serta rakaman berkualiti gred siaran selama sehingga 14 jam.

AI terbina membantu menapis hingar seperti angin dan bunyi lalu lintas, dengan pengurangan hingar boleh laras sehingga 25dB.

Hollyland LARK MAX 2 Hadir Dengan Rakaman 32-bit Dan Pembatalan Hingar AI

Ia juga dilengkapi sistem kod waktu untuk menyegerakkan audio dan video, serta menyokong hingga 4 pemancar serentak, sesuai untuk rakaman kumpulan atau siaran langsung.

Dengan hayat bateri sehingga 36 jam dan jarak operasi 1115 kaki (340 meter), Lark Max 2 memberi fleksibiliti tinggi untuk kegunaan profesional.

Dari segi rekaan, ia ringan, selesa dipakai lama, dan mudah dilekap pada pakaian dengan mekanisme klip yang tidak menonjol. Pelarasan penguat juga boleh dilakukan dengan satu butang.

Harga jualannya adalah bermula USD219 (~RM930).

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Hollyland Lark A1 Dilancar - Mikrofon Ringan, 54 Jam Rakaman Tanpa Henti
  • Alert Slider OnePlus Akan Diganti Butang Baharu, Ini Fungsinya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY