Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hollyland LARK A1

Hollyland Lark A1 Dilancar – Mikrofon Ringan, 54 Jam Rakaman Tanpa Henti

Diterbitkan Mei 28, 2025 ยท Dikemas kini Mei 28, 2025 oleh Amsyar Latif

Hollyland telah melancarkan mikrofon tanpa wayar terbaharu mereka, LARK A1, yang direka untuk menawarkan kualiti audio fideliti tinggi 48kHz/24-bit dengan pembatalan hingar pintar tiga tahap.

Mikrofon ini menyasarkan pengguna seperti vlogger, penstrim, dan pencipta kandungan yang mahukan rakaman audio yang jelas tanpa perlu pelarasan yang rumit.

Antara ciri utama termasuk keupayaan menangani bunyi kuat sehingga 120dB SPL, EQ boleh laras dan reverb untuk kawalan tonal, serta sistem pembatalan hingar yang boleh diubah suai mengikut persekitaran.

Hollyland Lark A1 Dilancar – Mikrofon Ringan, 54 Jam Rakaman Tanpa Henti

LARK A1 juga menyokong transmisi audio stabil sehingga 200 meter, dan menyediakan sehingga 54 jam operasi dengan bantuan bekas pengecas, serta masa penggunaan antara 6.5 hingga 9 jam bergantung pada penggunaan fungsi pembatalan hingar.

Tiga varian ditawarkan dengan harga antarabangsa bermula dari $29.9 (~RM127) hingga $59.9 (~RM254). Difahamkan mikrofon ini bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Comica VM40, Mikrofon Tanpa Wayar Untuk Kamera
  • Hollyland LARK M2S, Mikrofon Kecil Dengan Harga Bermula RM499
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY