Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro

Hirup Udara Lebih Segar Dengan Siri Xiaomi Smart Air Purifier 4

Diterbitkan Mac 17, 2022 oleh Faiz Munir

Xiaomi semalam telah menaik taraf siri Xiaomi Smart Air Purifier dengan memperkenalkan 3 varian baharu iaitu Xiaomi Smart Air Purifier 4, 4 Pro dan 4 Lite. Dengan siri penapis udara baharu ini, anda dapat menghirup udara yang lebih segar dan bersih sepanjang tahun.

Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro ini mempunyai sistem penapisan 3 dalam 1 yang menggabungkan cas elektrostatik dan teknologi penapisan mekanikal yang mampu memerangkap 99.97% kotoran sekecil 0.3 mikron.

Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro (2)

Ditambah pula dengan sensor PM2.5 dan PM10, ia dapat mengesan dan menyedut pelbagai siaz debu yang berbeza serta ionizer yang membantu menangkap kotoran yang berterbangan.

Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro ini dapat membersihkan udara ruang tamu 40m persegi dalam masa 15 minit sahaja. Selain itu, ia juga mempunyai skrin OLED yang membolehkan pengguna untuk melihat kualiti udara, suhu, dan kelembapan dengan lebih mudah.

Penapis udara ini juga boleh disambungkan dengan peranti menggunakan aplikasi Xiaomi Home App untuk mengawal dan menjadualkan rutin penapisan dengan lebih mudah.

Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro (3)

Siri Xiaomi Smart Air Purifier 4 ini akan dijual di Shopee dan Lazada Xiaomi dengan harga:

  • Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro -RM1,099
    • Shopee
    • Lazada
  • Xiaomi Smart Air Purifier 4 -RM799
    • Shopee
    • Lazada
  • Xiaomi Smart Air Purifier 4 Lite -RM599
    • Shopee
    • Lazada

Sumber: Xiaomi

Baca juga:

  • Xiaomi Perkenal Xiaomi Buds 3T Pro – Ada ANC, Harga RM549
  • Jam Pintar Baharu, Siri Xiaomi Watch S1 Dijual Dengan Harga Bermula RM649
  • Telefon ‘Flagship’ Ini ‘Power’ Dengan Spesifikasi Tapi Dompet Tak Perlu Tebal Berisi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY