Apakah anda faham tentang peranti ‘flagship’ atau andalan? Secara ringkasnya, telefon yang berada dalam kelas ini merupakan peranti yang terbaik dalam ahli keluarganya.
Namun, dalam peranti berkelas andalan ini juga, terdapat andalan premium yang mana ia bukan sahaja menampilkan spesifikasi ‘flagship’ tetapi turut mempunyai ‘feel’ premium.
Bagaimanapun, telefon pintar andalan premium ini kebiasaannya memerlukan modal amat besar.
Oleh yang demikian, baru-baru ini sebuah peranti berkuasa telah pun selamat mendarat buat pasaran tempatan. Peranti ini juga bukan asing lagi dalam kalangan peminat. Malah, boleh dikatakan ia sebagai pembunuh telefon pintar ‘flagship’ terbaharu untuk tahun 2022.
Telefon pintar yang dimaksudkan ialah Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro. Mengapa? Anda perlu teruskan membaca untuk melihat keunikan yang ditawarkan siri terbaharu Xiaomi ini.
Prestasi Terbaik Bagi Telefon Android
Seperti anda ketahui, siri Xiaomi 12 merupakan salah satu peranti terawal yang menerima cip Snapdragon 8 Gen 1. Cip pemprosesan ini dibina berasaskan pemproses 4nm yang mana bukan sahaja mampu memberikan prestasi terbaik tetapi pada masa sama ia lebih cekap tenaga.
Snapdragon 8 Gen 1 terdiri daripada 1x teras ARM Cortex-X2 dengan kelajuan CPU 3.0GHz, 3x teras ARM Cortex-A710 dengan kelajuan CPU 2.5GHz dan 4x teras ARM Cortex-A510 dengan kelajuan CPU 1.8GHz.
Bersama-samanya lagi, dipadankan GPU Adreno 730, memori LPDDR5 RAM dengan storan UFS 3.1. Dengan ini, anda dapat menikmati kelajuan yang baik ketika menggunakan sebarang aplikasi termasuk untuk memainkan permainan mudah alih dengan lancar seperti Genshin Impact atau Apex Legends Mobile.
Hal ini kerana GPU pada peranti ini mempunyai kemampuan sebanyak 30% dari segi prestasi dan 25% kecekapan tenaga.
Jangan khuatir akan telefon menjadi panas ketika bermain game kerana siri Xiaomi 12 dilengkapi sistem penyejukan Vapor Chamber (VC) di mana keluasan untuk peleraian haba dipertingkatkan agar suhu peranti sentiasa berada dalam tahap optimum.
Melengkapkan lagi pengalaman penggunaannya, MIUI 13 yang berasaskan Android 12 terus diberikan. MIUI 13 menawarkan pelbagai fungsi menarik kepada penggunanya seperti second space, heart rate dan banyak lagi.
Rekaan Menarik, Paparan Cantik
Seperti yang telah dinyatakan, ‘flagship’ di dalam peranti sahaja tidak mencukupi untuk memegang ‘title’ andalan.
Siri Xiaomi 12 ditampilkan dengan panel belakang tahan lasak, iaitu Corning Gorilla Glass Victus. Panel ini bukan setakat tahan lasak tetapi juga ia ringan dan sedap dipegang di tangan.
Warna yang boleh dipilih pun cukup menarik, iaitu kedua-duanya ditawarkan dalam pilihan warna Gray, Purple dan Blue.
Peranti ini ditemani pula paparan hadapan daripada panel AMOLED DotDisplay dengan bahan E5. Paparan cantik ini turut menerima penarafan DisplayMate A+. Jadi, terbukti yang skrin ini bukang kaleng-kaleng.
Selain itu, pada Xiaomi 12 Pro juga, ia mempunyai sedikit kelebihan kerana menggunakan panel LTPO. Fungsinya, ia dapat memberikan kadar segar semula dinamik, iaitu boleh mencapai setinggi 120Hz dan boleh serendah 1Hz sahaja.
Panel jenis ini kebiasaannya hadir pada peranti berkelas premium yang jauh lebih tinggi harganya.
Tambahan lagi, keasyikan melihat paparan tidak lengkap tanpa bunyi yang sedap didengar. Masing-masing mempunyai pembesar suara yang ditala Harman Kardon dan dikuasakan Dolby Atmos bagi memberikan kepuasan ketika mendengar audio.
Xiaomi 12 didatangkan dengan dwi-pembesar suara stereo. Manakala, Xiaomi 12 Pro jauh lebih pro kerana mempunyai 4 pembesar suara stereo.
Gambar Malam Padu, Gambar Siang Cemerlang
Salah satu kunci utama dalam siri Xiaomi 12 ini ialah kameranya. Kedua-dua telefon tersebut hadir dengan lensa utama 50MP.
Namun, Xiaomi 12 Pro mempunyai 3 lensa 50MP – utama IMX707, ultra lebar dan telefoto. Masing-masing hadir dengan ciri Xiaomi ProFocus yang mana memberikan pemfokusan lebih tepat seperti motion dan eye tracking.
Bagi penggemar ‘kegelapan’, gambar malamnya cukup padu untuk anda kongsikan di media sosial. Ia didatangkan dengan ciri Ultra Night Video, Ultra Night Photo dan juga mod Portrait Night.
Dengan ini, kamera yang cemerlang kini hanya berada dalam poket anda sahaja. Tidak lagi perlu mengusung kamera yang besar.
Tak Perlu Pening Kepala Telefon Mati, Cas Cukup Laju
Zaman sekarang, bateri besar tidak mencukupi. Ini kerana, apa gunanya bateri besar jikalau cas tidak laju.
Xiaomi 12 mempunyai bekalan kuasa sebesar 4500mAh yang menyokong pengecasan berwayar turbo 67W, 50W tanpa wayar dan 10W berbalik (reverse wireless charging).
Manakala, Xiaomi 12 Pro pula, kelajuan mengecasnya yang lain masih sama. Cumanya pengecasan berwayarnya disokong dengan 120W Xiaomi HyperCharge.
Tidak perlu pening akan kesihatan bateri kerana pengecasan Xiaomi ini cukup pintar untuk mengetahui corak mengecas anda. Dengan ini, bateri peranti lebih optimum untuk jangka masa panjang.
Sebuah Peranti ‘Flagship Killer’
Usai sudah melihat spesifikasi yang cemerlang. Pasti anda terpinga-pinga akan harga yang ditawarkannya. Jangan khuatir, peranti berkuasa daripada Xiaomi ini tidak memerlukan anda untuk memecah tabung.
Ini kerana Xiaomi 12 dijual pada harga permulaan RM2899. Manakala Xiaomi 12 Pro pula RM3899.
Memandangkan ia masih segar dalam pasaran Malaysia, Xiaomi menawarkan promosi menarik bagi anda yang membuat pra-tempahan bermula hari ini hingga 23 Mac 2022.
Xiaomi 12 boleh didapati pada harga serendah RM2899 dan mana-mana pembeli yang membuat pra-tempah dalam tempoh tersebut, anda akan menerima Xiaomi Soundbar (RM1499), 1 tahun jaminan tambahan (RM499) dan penggantian skrin percuma untuk 6 bulan pertama (RM199).
Bagi yang berminat, pra-tempah boleh dilakukan menerusi pautan INI.
**Artikel Ini Dibawakan Oleh Innity