Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HDMI Sync Box WiZ Bawa Teknologi Cahaya Pintar Ke Skrin TV Anda

HDMI Sync Box WiZ Bawa Teknologi Cahaya Pintar Ke Skrin TV Anda

Diterbitkan Julai 25, 2025 oleh Amsyar Latif

WiZ secara rasmi melancarkan rangkaian produk hiburan TV pintarnya di ARCHIDEX 2025, termasuk WiZ HDMI Sync Box dengan TV Backlight, WiZ Gradient Light Bar, dan WiZ Gradient Floor Light.

Pelancaran global ini memperkenalkan pengalaman pencahayaan pintar yang menyeluruh dan segerak dengan kandungan hiburan di skrin seperti filem, sukan dan permainan video.

Produk utama, WiZ HDMI Sync Box, membolehkan penyegerakan cahaya dengan paparan visual dan audio secara masa nyata melalui sambungan HDMI, menjadikan suasana menonton lebih imersif.

WiZ HDMI Sync Box with TV Backlight

Ia disokong oleh sokongan untuk video 4K 60Hz dengan HDR10+ dan Dolby Vision serta boleh disesuaikan dengan pelbagai mod seperti Cinematic, Relaxation dan Rhythmic.

WiZ Gradient Bar Light
WiZ Gradient Floor Light

Sebagai pelengkap, Gradient Light Bar dan Gradient Floor Light menambah kesan cahaya bersegmen pelbagai warna untuk suasana yang lebih dramatik. Semua produk boleh dikawal melalui aplikasi WiZ, peranti suara pintar, dan dilengkapi keserasian Matter.

Produk kini dibuka untuk prapesanan melalui pengedar rasmi WiZ di Malaysia termasuk di Shopee.

Berkaitan

  • Signify Umum Sertai Pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Signify Pecut Transformasi Tenaga Malaysia Dengan Lampu Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY