Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hasil Industri Semikonduktor Global Pada Separuh Pertama 2026 Sudah Melepasi ~RM3 Trilion

Hasil Industri Semikonduktor Global Pada Separuh Pertama 2026 Sudah Melepasi ~RM3 Trilion

Diterbitkan September 14, 2026 · Dikemas kini September 14, 2026 oleh ariff bukhari

Industri semikonduktor global mencatat sejarah apabila hasil suku kedua 2026 melonjak kepada USD425 bilion (~RM1.717 trilion), peningkatan 31.4% berbanding suku sebelumnya, menurut laporan terbaru Omdia.

Malah, jumlah keseluruhan hasil terutamanya dipacu cip memori yang mendapat  permintaan tinggi daripada sektor kecerdasan buatan (AI) setakat separuh pertama tahun ini sudah pun mencecah USD752 bilion (~RM3.03 trilion).

Micron Technology Inc. Memory Chips As China-Backed Takeover Bid Seen Facing Tough U.S. Review
Omdia menjangkakan, hasil daripada jualan DRAM mencecah $372 bilion pada tahun 2026, lonjakan sebanyak 147% berbanding tahun sebelumnya. NAND pula diunjurkan mencapai $300 bilion, satu peningkatan mendadak sebanyak 311% tahun demi tahun.

Segmen pasaran memori merentas pelbagai jenis cip memori. mencatatkan rekod dalam hasil semikonduktor yang menjadi teras kepada lonjakan ini.

DRAM, NAND dan NOR menyumbang lebih separuh daripada keseluruhan hasil dengan  masing-masing mencatat rekod tertinggi.

Permintaan AI telah mengubah keseimbangan bekalan dan permintaan, sekali gus melonjakkan harga cip memori ke tahap luar biasa.

Hasil Industri Semikonduktor Global Pada Separuh Pertama 2026 Sudah Melepasi ~RM3 Trilion

Namun, Omdia berkata, bukan hanya memori yang berkembang pesat.

Komponen bukan memori turut mencatat pertumbuhan lebih 10% suku ke suku, jauh melebihi pola bermusim biasa sekitar 3%.

Mikroprosesor (MPU) pula meningkat 16%, didorong oleh peranan pentingnya dalam infrastruktur AI.

Omdia menjangkakan hasil semikonduktor akan melepasi USD500 bilion (~RM2.02 trilion) pada suku ketiga 2026, menjadikan jumlah keseluruhan hasil industri semikonduktor global bagi tiga suku pertama 2026 melebihi USD1.25 trilion, sekitar 50% lebih tinggi daripada keseluruhan tahun 2025.

Malah, Omdia turut menjangkakan, keadaan pasaran industri ini akan terus kukuh dengan rekod hasil suku tahunan yang terus meningkat.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Mogok Batal, Pekerja Samsung Setuju Bonus ~RM1.4 Juta Seorang
  • Selepas Ancaman Mogok, Pekerja Micron Di Taiwan Bakal Terima Bonus Sehingga 68 Bulan Gaji

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY