Hasil Gambar Poco X3 vs Realme 7, Yang Mana Sedap Dipandang?

Baru-baru ini, Poco dan Realme masing-masing mengeluarkan peranti kelas pertengahan mereka yang baru. Menariknya kali ini kedua-dua peranti mempunyai speksifikasi kamera yang hampir sama dengan menggunakan sensor Sony IMX. Adakah hasil gambar Poco X3 lebih padu dari Realme 7 atau sebaliknya?

hasil gambar poco

SPEKSIFIKASI 


Realme 7 didatangkan dengan cip pemprosesan dari MediaTek iaitu Helio G95.  Manakala saingannya, Poco X3 NFC pula dijanakan dengan cip pemprosesan dari Qualcomm iaitu Snapdragon 732G.

Untuk makluman anda, kedua-dua teleffon pintar ini masing-masing merupakan peranti pertama yang menggunakan cip tersebut.

Untuk speksifikasi kamera, Realme 7 didatangkan dengan tetapan kamera dengan konfigurasi 64 MP(kamera utama)+8 MP(Ultra-lebar)+2 MP(Macro)+2 MP(Depth)+16 MP(Selfie).

Poco X3 NFC pula didatangkan dengan kamers bersaiz 64 MP(Kamera utama)+13 MP(ultrawide)+2 MP(macro)+2 MP(depth)+20 MP(Selfie).

Disebabkan spek kamera yang hampir sama, jadi kami membandingkan hasil gambar kedua-dua peranti ini.

PRESTASI KAMERA


Kami menguji pretasi kamera dengan mencuba beberapa mod yang tersedia pada kedua-dua peranti.

Berikut adalah hasil tangkapan gambar bagi kedua-dua peranti (kiri: realme 7, kanan POCO X3) ;
1. Mod Potrait

hasil gambar pocohasil gambar poco


2. Mod Kamera Utama

hasil gambar pocohasil gambar poco


3. Mod Ultra-Lebar

hasil gambar pocohasil gambar poco

hasil gambar poco
4. Mod Selfie



hasil gambar poco
5. Mod Malam



hasil gambar poco
6. Mod 64MP



zoom pada perkataan 'MALAKAT'.
7. Mod Macro

hasil gambar poco

Jadi, apakah pilihan kamera anda? Hasil gambar pada Poco X3 NFC atau pada Realme 7 ?