Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
daftar PADU_7

Hari Terakhir Untuk Daftar, Kemas Kini PADU

Diterbitkan Mac 31, 2024 · Dikemas kini Mac 31, 2024 oleh Amalina Athman

Seperti sedia maklum, hari ini merupakan hari terakhir rakyat Malaysia boleh melakukan pendaftaran dan pengemaskinian Pangkalan Data Utama (PADU).

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Ini Sebabnya Pengguna Disaran Daftar PADU Sebelum April
  • Senarai Kaunter Daftar PADU Seluruh Malaysia
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia

Sehingga 30 Mac 2024, rekod pengemaskinian maklumat individu telah mencapai seramai 10.61 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem PADU berdasarkan sumber data pentadbiran. Ia menunjukkan peningkatan ketara berbanding 7.7 juta pendaftaran yang direkodkan pada hujung minggu lalu.

Sementara itu, Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan pendaftaran dengan 1.7 juta individu dan diikuti Johor (1.21 juta) serta Perak (1.06 juta).

Hari Terakhir Untuk Daftar, Kemas Kini PADU

Secara ringkas, PADU merupakan pangkalan data yang mengandungi profil dan isi rumah warganegara serta pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli sebelum ini menjelaskan tiada tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang tidak mendaftar atau mengemas kini PADU. Sebaliknya, kerajaan akan menggunakan data sedia ada yang didapati dari jabatan-jabatan kerajaan.

Namun begitu, bagi mengelakkan risiko keciciran berterusan berikutan data sedia ada mungkin tidak tepat atau terkini, pengguna disaran mendaftar dan kemas kini data PADU.

Bagi yang ingin berbuat demikian, pendaftaran dan kemas kini boleh dilakukan melalui portal rasmi PADU atau lawati kaunter fizikal yang berdekatan pada hari ini. Bagi mengetahui senarai kaunter PADU yang dibuka seluruh negara, layari pautan INI.

Sumber: PADU Official

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY