Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_5

22% Lebih Murah, Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap Diperkenal Dengan Harga RM69/Sebulan

Diterbitkan Februari 2, 2023 · Dikemas kini Februari 2, 2023 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband) yang disasarkan untuk golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas, dengan harga lebih rendah.

Berkaitan

  • KKD Dijangka Umum Beberapa Penambahbaikan Pelaksanaan 5G Sebelum Hujung Mac Ini
  • Malaysia, Singapura Turut Tandatangani MoU Untuk Perlindungan Data, Keselamatan Siber Dan Ekonomi Digital
  • Kerajaan Mahu Tubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber

Berharga RM69/sebulan, pakej tersebut menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan 30Mbps bersama data tanpa had (unlimited data). Difahamkan, pakej yang ditawarkan adalah 22% lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama.

Menurut Fahmi, pakej tersebut merupakan kerjasama daripada syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, YTL, U Mobile, TIME Berhad dan Astro.

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap dijangka akan mula ditawarkan pada Mac 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

Sumber: Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY