Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Harga Samsung Galaxy S9 Dijangka Lebih Mahal Berbanding Keluaran Sebelumnya

Harga Samsung Galaxy S9 Dijangka Lebih Mahal Berbanding Keluaran Sebelumnya

Diterbitkan Februari 8, 2018 · Dikemas kini Februari 8, 2018 oleh Helmi Samsuri

Acara MWC 2018 dijadualkan berlangsung lebih kurang tiga minggu lagi, menandakan Samsung Galaxy S9 bakal membuat penampilan pertama untuk umum.

Menjelang hari pelancaran, khabar angin mengenai perincian peranti sudah mula menjadi topik perbincangan di internet.

Antara yang hangat diperkatakan adalah tentang harga jualan peranti berkenaan, dimana berdasarkan laporan dari laman Korea Selatan, ETNews, S9 dijangka berada dipasaran pada tanda harga sekitar 945,000 won (~RM 3413.26) hingga 1,000,000 won (~RM3611.92).

Laporan dari Tech Radar pula menyatakan harga penjualan S9 di UK pula mungkin bermula dari £789 (~RM4301.41), £100 lebih mahal berbanding harga permulaan S8 tahun lalu.

Pertukaran matawang dan cukai memainkan peranan disini tetapi ia memberi sedikit bayangan bahawa harga Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ mungkin lebih mahal sedikit dari keluaran sebelumnya.

Tahun lalu, Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ diperkenalkan di Malaysia pada harga RM3299 dan RM3699.

Sumber: ETNews, TechRadar via Gizmodo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY