Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Harga Beberapa Langganan Canva Dilapor Akan Mencanak Naik Lebih 300%

Harga Beberapa Langganan Canva Dilapor Akan Mencanak Naik Lebih 300%

Diterbitkan September 4, 2024 · Dikemas kini September 4, 2024 oleh Amalina Athman

Harga beberapa langganan Canva dilaporkan akan ‘mencanak’ naik tahun hadapan, dengan peningkatan lebih 300%.

Pelanggan Canva Teams, yang berorientasikan perniagaan dengan berbilang pengguna adalah antara yang akan terkesan dengan kenaikan ini.

Menurut Canva, peningkatan itu wajar disebabkan oleh “pengalaman produk yang diperluaskan” dan nilai bahawa alat AI generatif telah ditambahkan pada platform.

Walaupun Canva nampaknya belum lagi berkongsi struktur harga baharunya secara terbuka, sesetengah pelanggan Canva Teams di Amerika Syarikat melaporkan kenaikan langganan daripada $120/tahunan (~RM522) untuk sehingga lima pengguna, kepada $500/tahunan (~RM2176).

Walaubagaimanapun, peringkat langganan lain untuk pengguna Pro dan Enterprise berkemungkinan tidak terjejas.

Dalam satu kenyataan kepada The Verge, syarikat itu berkata,

“Suit produk kami telah berkembang dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan pelancaran tawaran baharu seperti Visual Suite dan Magic Studio“.

Canva telah mengeluarkan banyak ciri AI generatif sejak beberapa tahun kebelakangan ini, seperti penjana teks-ke-imej Magic Media dan alat sambungan latar belakang Magic Expand.

Penambahan itu telah mengubah platform itu berkembang daripada sesuatu untuk reka bentuk dan pemasaran kepada tawaran ruang kerja yang lebih luas.

Berkaitan

  • Adobe Firefly - Jana Imej, Ubah Cuaca Dalam Video Dengan Bantuan AI
  • Pengguna iOS, Android Kelak Boleh Akses Ciri Berbayar Google Photos Secara Percuma
  • Adobe Tayang AI Generatif Terbaru Untuk Premiere Pro, Jadikan Kerja Suntingan Video Lebih Pantas Dan Mudah
  • 3 Ciri Google Photos AI Baharu Kini Tersedia Untuk Android Dan iPhone, Ini Cara Gunanya

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY