Dijual dalam 2 varian, varian Digital Edition akan dijual pada harga $399 (~RM1,648) manakala varian dengan cakera pula pada harga $499 (~RM2,061).
Perbezaan antara kedua-dua varian adalah Digital Edition tidak mempunyai slot cakera optik untuk memainkan permainan dan hanya bergantung kepada internet jika mahu muat turun permainan.
Kedua-dua varian konsol PS5 ini akan tersedia di pasaran mulai 12 November untuk beberapa negara terpilih seperti Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, dan lain-lain.
Namun untuk pasaran global selebihnya termasuklah Malaysia, ia akan hadir pada 19 November kelak.
Harga rasmi untuk pasaran tempatan mungkin akan dikongsi kelak oleh pihak Sony Malaysia menjelang tarikh ketibaannya di sini.
Untuk spesifikasi, konsol PS5 hadir dengan CPU AMD Zen 2 3.5GHz serta GPU berasaskan AMD RDNA 2 dengan 2.23GHz, RAM 16GB dan storan dalaman SSD 825GB.
Selain mengumumkan harga jualan PS5, acara PlayStation 5 Showcase tersebut juga memperlihatkan pelbagai judul permainan dari segi trailer dan juga gameplay seperti:
- Final Fantasy XVI
- Hogwarts Legacy (Harry Potter)
- Devil May Cry 5 Special Edition
- Five Nights at Freddy's
- Ragnarok
- Spider-Man: Miles Morales
- Call of Duty: Black Ops Cold War
- Resident Evil 8 Village
- Deathloop
- Oddworld Soulstorm
- Demon's Souls
- Fortnite
Sebagai perbandingan, Microsoft pula meletakkan harga jualan konsol lebih rendah iaitu bermula $299 untuk Xbox Series S dan juga $399 untuk Xbox Series X.
Sehubungan dengan itu, untuk anda yang mahu memiliki konsol PS5 ini, nantikannya 19 November kelak untuk mengetahui berita lanjut mengenainya.
Berkaitan
- Sony Belum Putuskan Harga Jualan PS5, Mungkin Mahu Perhatikan Dahulu Harga Xbox Series X
- Sony Malaysia Mula Membuka Pra-Tempahan Kamera Kompak ZV-1 Pada Harga RM3399
- Sony Mengesahkan Pelancaran Konsol PlayStation 5 Pada Tahun 2020
- Sony IMX500 Dan IMX501 Merupakan Sensor Kamera Pertama Di Dunia Dengan Pemprosesan AI
- Ini Mungkin Rekaan Sony Xperia 10 III - Kelas Pertengahan Sony Dengan Snapdragon 690
- CEO Xbox Phil Spencer Memuji Alat Kawalan DualSense PS5, "Saya Sukakannya"
- Sony Bergelut Untuk Penuhi Permintaan Sensor Kamera Seluruh Dunia
- TM Unifi Nafi Sekat Pelayan Permainan Dari EA, Ubisoft Dan PlayStation Network
- Sony Xperia 5 II Boleh Mula Dipra-Tempah Hari Ini Berharga RM4,099 - Percuma TWS Sony WF-XB700
- Kamera Mirrorless Full-Frame Sony A7S III Diperkenalkan