Xbox Series X Akan Dilancar 10 November Ini, Berharga $499

Microsoft kini mengesahkan pelancaran global konsol Xbox Series X adalah pada 10 November ini, dengan harga $499 (~RM2,079). Terdahulu, Microsoft telah mengumumkan harga konsol Xbox Series S pada $299 (~RM1,245).

Pengumuman dari Microsoft ini sekaligus mengesahkan laporan oleh Brad Sams sebelum ini.

https://twitter.com/Xbox/status/1303680112156524544?s=19

Dalam pada itu, Microsoft turut menyatakan pra tempahan kedua-dua varian Xbox itu boleh dibuat bermula 22 September ini. Xbox Series S dan Series X turut tersedia melalui Xbox All Access dengan harga masing-masing adalah $24.99 (~RM104) dan $34.99 (~RM145) secara bulanan untuk 24 bulan, termasuk Xbox Game Pass Ultimate.

Bagaimanapun, ia hanya tersedia kepada 12 negara terpilih termasuk Australia, Kanada, Denmark, New Zealand, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan sebagainya.

harga xbox series x

Bagi anda yang belum tahu, Xbox Series X adalah pesaing terdekat Sony PlayStation 5 (PS5), sementara Series S pula merupakan konsol lebih mampu milik dengan spesifikasi sedikit rendah. Saiz Series S juga adalah lebih kecil berbanding Series X.

Sumber: Xbox