Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ayaneo next 2

Harga Komponen Melambung Tinggi, AYANEO Terpaksa Gantung Pra-Tempah ‘Next 2’

Diterbitkan Mac 26, 2026 oleh Amsyar Latif

AYANEO nampaknya terpaksa mengambil keputusan drastik dengan menghentikan sesi pra-tempah bagi konsol handheld terbaharu mereka, AYANEO Next 2.

Hal ini berlaku selepas pihak syarikat mendapati kos pengeluaran peranti tersebut kini melonjak sehingga hampir dua kali ganda berbanding harga jualan yang ditetapkan pada asalnya.

Menerusi kemas kini di laman Indiegogo, AYANEO menjelaskan bahawa harga komponen storan telah meningkat berkali ganda sebaik sahaja berakhirnya cuti Tahun Baru Cina.

Situasi ini meletakkan syarikat dalam keadaan serba salah kerana meneruskan jualan pada harga lama hanya akan mendatangkan kerugian besar, manakala menaikkan harga pula bimbang akan membebankan pengguna.

Oleh itu, peranti tersebut telah ditarik balik daripada semua saluran jualan buat sementara waktu sehingga harga pasaran komponen kembali stabil.

Bagi mereka yang sempat membuat pra-tempah sebelum ini, anda tidak perlu bimbang kerana:

  • Produksi tetap berjalan: AYANEO mengesahkan pesanan sedia ada akan tetap disiapkan mengikut perancangan asal.
  • Jaminan alat ganti: Stok komponen untuk urusan servis dan penyelenggaraan jangka panjang sudah pun disediakan.
  • Sokongan berterusan: Perkhidmatan selepas jualan bagi Next 2 tidak akan terjejas walaupun jualan awam digantung.

Situasi ini secara tidak langsung memberi gambaran betapa tidak menentunya harga pasaran komponen elektronik sekarang, terutamanya bagi pengeluar peranti khusus seperti AYANEO.

Berkaitan

  • (Ulasan) ROG Xbox Ally - Handheld PC Gaming Pertama Yang Buat Saya Rasa Macam Konsol
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • 'Game' Nintendo Switch 2 Sah Ada Beza Harga Antara Versi Digital & Fizikal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY