Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Harga Jualan Siri Galaxy S20 Di Malaysia Bermula Dari RM3599

Posted on Februari 12, 2020Februari 12, 2020

Lewat pagi tadi, Samsung sedia mengadakan acara Galaxy Unpacked yang memperkenalkan barisan siri Galaxy S20, Galaxy Z Flip dan Galaxy Buds +. Tidak membiarkan peminat Malaysia menunggu lama, Samsung Malaysia bakal membuka pra-tempahan bagi Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra 5G.

Pra-tempahan akan dimulakan pada jam 5 petang hari ini dan tamat pada 26 Februari depan. Tiga model yang dibawa masuk adalah Galaxy S20 (RM3599), Galaxy 20+ (RM3999) dan Galaxy S20 Ultra 5G(RM4999). Kesemuanya akan dilengkapkan dengan storan 128GB dan RAM 8GB kecuali model S20 Ultra 5G dengan RAM 12GB.

Pembelian pra-tempahan Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra 5G akan diiringi dengan Galaxy Buds+ yang bernilai RM599 secara percuma. Bagi spesifikasi untuk kesemua peranti yang dilancarkan boleh lanjutkan bacaan ke pautan berikut – Siri Galaxy S20, Galaxy Buds+ dan Galaxy Z Flip.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan antara Galaxy S20+ atau Galaxy S20 Ultra 5G, boleh tunggu sehingga waktu yang disebutkan diatas.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress