Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kkd bulanan

Harga Internet Murah: MCMC Dalam Fasa Akhir Bincang Dengan Pembekal Perkhidmatan

Diterbitkan September 21, 2023 · Dikemas kini September 21, 2023 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini dalam fasa akhir perbincangan dengan pembekal perkhidmatan internet bagi membolehkan harga borong internet ditawarkan pada kadar lebih murah.

Berkaitan

  • Perbandingan Internet Fiber Di Malaysia Untuk Tahun 2023
  • Jom Semak Kelajuan Internet Starlink Di Kawasan Anda, Ini Caranya
  • MCMC Perjelas Isu Starlink, Kemungkinan Gangguan Perkhidmatan Telekomunikasi Sedia Ada

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata telah meminta agar perbincangan itu diselesaikan pada minggu hadapan bagi membolehkan proses selanjutnya iaitu pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara Kementerian Komunikasi Digital (KKD) dan pembekal perkhidmatan jalur lebar.

Jelas Fahmi, proses rundingan mengambil masa kerana melibatkan pelbagai pihak, namun hasilnya kelak, harga internet akan berkurangan dengan agak signifikan.

Pada 7 Ogos lepas, Fahmi dilaporkan berkata semua penyedia perkhidmatan internet jalur lebar telah diarahkan untuk mengurangkan harga internet bermula September selaras dengan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP), yang menyaksikan harga borong internet dikurangkan dan menjadi lebih murah.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY