Perbandingan Internet Fiber Di Malaysia Untuk Tahun 2023

Ketika ini terdapat pelbagai penawaran pelan talian internet jalur lebar daripada syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi di negara ini.

Daripada pelbagai pelan yang ditawarkan itu, mungkin ada yang bersesuaian dengan anda mengikut keperluan, lokasi tempat tinggal anda sama ada perkhidmatan itu ada ditawarkan di tempat anda tinggal atau pun tidak.

Jadi di sini dikongsikan perbandingan pakej jalur lebar tetap yang ada (buat masa sekarang) ditawarkan ketika ini dari 6 penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia.

1. Time


Pelan internet dari Time dotCom Bhd iaitu Pakej MyKabel berharga serendah RM69/bulan bagi kelajuan internet 100Mbps sememangnya berbaloi.

Tetapi ia hanya ditawarkan untuk mereka yang layak menerusi Program Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam sahaja.



Tapi jika anda mahukan kelajuan yang lebih pantas dari Time, anda boleh pra daftar Pakej Rumah baharu yang ditawarkan mereka. Cuma pakej ini juga terhad pada bangunan terpilih sahaja.



Jika anda mahukan lebih laju lagi, Time ada ada menawarkan pelan internet selaju 2Gbps hanya pada harga RM379/bulan.

Cuma buat masa ini, ia masih terhad ditawarkan di lokasi-lokasi tertentu sahaja khususnya di kawasan Lembah Kelang dan beberapa kawasan di Negeri Pulau Pinang.

Kapsyen: Pakej-pakej internet jalur lebar tetap lain yang ada ditawarkan Time.


Jadi, sebelum anda bercadang untuk melanggan pelan internet jalur lebar tetap dari Time ini, ada baiknya anda semak dahulu liputan perkhidmatan Time ini sama ada ia ditawarkan atau tidak di lokasi anda menerusi pautan https://www.time.com.my/check-coverage.

Untuk info lebih lanjut tentang pelan internet jalur lebar tetap untuk rumah anda dari Time ini, layari laman rasmi https://www.time.com.my/for-home.

2. Allo


Allo Technology adalah sebuah anak syarikat milik penuh TNB yang kini giat memperluaskan jaringan perkhidmatan rangkaian internet jalur lebar tetap mereka ke seluruh negara.


Allo menawarkan harga pelan internet jalur lebar tetap serendah RM99 untuk internet berkelajuan 100Mbps. Sementara kelajuan internet tertinggi yang ditawarkan pula adalah selaju 1Gbps pada harga RM199/bulan.


Namun, mereka juga menawarkan pakej perpaduan kepada yang layak dengan kelajuan 100Mbps pada harga RM69/bulan. Anda boleh ketahuinya di SINI.




Seperti yang dinyatakan di awal tadi, perkhidmatan jalur lebar tetap Allo masih terhad di mana ia belum sedia ditawarkan di semua negeri di seluruh Malaysia.

Antara negeri-negeri yang sudah ada perkhidmatan Allo ini adalah seperti Perak, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.

Anda boleh menyemak terlebih dahulu sama ada perkhidmatan jalur lebar tetap dari Allo sudah tersedia ditawarkan di lokasi anda atau pun tidak lagi di laman Residential Coverage - Allo Wifi.

Bagi ketahui lebih lanjut tentang pelan internet dari Allo, layari laman rasmi https://allowifi.com/our-plan/.

3. Astro


Astro kini bukan sahaja lagi menawarkan pakej langganan siaran tv semata-mata. Tetapi juga turut menawarkan bersama pelan internet kepada para pelanggannya.

Astro ada menawarkan pelan internet jalur lebar tetap serendah RM99/bulan untuk kelajuan 50Mbps.



Atau bagi peminat siaran Astro, anda juga boleh dapatkan pakej Astro & Fibre Internet Bundle pada harga serendah RM59.99.

Pakej ini menawarkan talian internet jalur lebat tetap bersama lebih 80 saluran serta 1 aplikasi. Atau anda boleh pilih pelbagai pakej Astro & Fibre Internet Bundle ini mengikut kesesuaian gaya tontonan dan bajet anda.



Mungkin masih ada yang tak tahu, anda kini boleh langgan pelbagai pek siaran Astro dari stor rasmi Astro di Shopee dan Lazada.

4. CelcomDigi


Anda boleh langgan pelan internet jalur lebar tetap dari CelcomDigi yang berharga dari RM90/bulan untuk kelajuan 50Mbps.



Tetapi khusus untuk anda yang sedia melanggan pelan pascabayar Digi 90, 120 atau 150, anda boleh dapatkan Pelan CelcomDigi Fiber serendah RM100 sahaja sebulan bagi internet jalur lebar tetap berkelajuan 300Mbps.



Layari laman rasmi Digi https://www.digi.com.my/broadband/home-fibre-bm bagi mengetahui lebih lanjut tentang Pelan CelcomDigi Fiber ini.

Atau anda boleh juga semak tawaran pelan CelcomDigi fibre dari pautan ini - CelcomDigi fibre.


5. Unifi


Unifi menawarkan kelajuan internet dari 30Mbps pada harga langganan bulanan berharga RM89 sehingga 2Gbps pada harga RM428.90/bulan.



TM juga menawarkan pelan Unifi Home mengikut bajet anda yang lengkap dengan akses aplikasi Unfi TV pada harga bermula RM119/bulan dan boleh memilih pelan tambahan Netflix serta Disney+ Hotstar.



Anda boleh pilih pelan Unifi Home yang sesuai dengan anda di laman rasmi Unifi Home Fibre Broadband | Unifi Official Store.

6. Maxis


Maxis menawarkan pelan jalur lebar tetap berkelajuan dari 30Mbps berharga RM89/bulan sehingga 800Mbps berharga RM299/bulan menerusi Maxis Home Fibre.



Tetapi, sekiranya anda adalah pelanggan Maxis sedia ada menerusi langganan pascabayar Maxis, anda akan ditawarkan untuk membawa pulang bersama dengan memilih pelbagai model peranti dari langganan mana-mana pelan Maxis Home Fibre.



Untuk info lebih lanjut tentang tawaran Maxis Home Fibre ini, layari laman muka Nikmati data Pascabayar & Pelan Fiber Kediaman Tanpa Had | Maxis.

{suggest}