Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hanya Ambil Masa Lapan Bulan, Jualan Leapmotor Melonjak Mencecah 1.5 Juta Unit

Hanya Ambil Masa Lapan Bulan, Jualan Leapmotor Melonjak Mencecah 1.5 Juta Unit

Diterbitkan Jun 19, 2026 oleh Amsyar Latif

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka, Leapmotor, secara rasmi mengumumkan pencapaian terbaharu dalam pasaran automasi global apabila berjaya merekodkan angka kumulatif serahan kenderaan mencecah 1.5 juta unit di seluruh dunia.

Kejayaan besar ini sekali gus membuktikan fasa pengembangan agresif serta penerimaan kukuh jenama berkenaan dalam landskap mobiliti elektrik antarabangsa.

Apa yang menarik, pencapaian luar biasa ini direkodkan dalam tempoh hanya lapan bulan selepas Leapmotor berjaya melepasi sasaran satu juta unit pada Oktober 2025 yang lalu.

Sejak menyerahkan kenderaan elektrik pertamanya di pasaran China pada Jun 2019, syarikat tersebut terus mengekalkan momentum pertumbuhan yang konsisten. Mereka merekodkan angka serahan 500,000 unit pada Oktober 2024 sebelum lonjakan fasa jualan mula dikesan secara mendadak hasil pembentukan syarikat usaha sama Leapmotor International yang memacu eksport ke pasaran global dengan lebih meluas.

Pihak pengurusan Leapmotor menyatakan bahawa lonjakan ke paras 1.5 juta penyerahan ini mencerminkan tahap kepercayaan tinggi daripada pelanggan global terhadap portfolio kenderaan mereka yang pelbagai.

Strategi Leapmotor yang menawarkan ekosistem EV komprehensif bermula daripada model kompak urban untuk golongan muda sehinggalah kepada varian SUV keluarga yang serba boleh yang mana dilihat berjaya memikat hati pengguna menerusi integrasi teknologi pintar, kecekapan tenaga, serta reka bentuk yang berpaksikan keperluan pemandu moden.

Berkaitan

  • Leapmotor C10 Rasmi Di Malaysia, SUV EV Dengan Jarak Pemanduan 424km
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Cycle & Carriage Rasmi Terajui Operasi Pengedaran Leapmotor Di Malaysia, Perluas Rangkaian Jualan EV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY