Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
leapmotor C10

Leapmotor C10 Rasmi Di Malaysia, SUV EV Dengan Jarak Pemanduan 424km

Diterbitkan Oktober 16, 2024 oleh Rushsyafizal

Stellantis Malaysia telah melancarkan SUV elektrik sepenuhnya, Leapmotor C10, sebagai simbol masa depan mobiliti lestari. Pelancaran ini menandakan pengenalan jenama Leapmotor ke pasaran Malaysia, hasil kerjasama Stellantis dengan Leapmotor International, yang memfokuskan pada kenderaan tenaga baharu (NEV) buatan China.

WhatsApp Image 2024-10-16 at 4.30.59 PM
WhatsApp Image 2024-10-16 at 4.30.58 PM (2)
WhatsApp Image 2024-10-16 at 4.30.40 PM
WhatsApp Image 2024-10-16 at 4.30.33 PM
WhatsApp Image 2024-10-16 at 4.30.57 PM

Leapmotor C10 menampilkan rekaan estetik yang maskulin dengan lampu utama LED angel wing dan lampu nyalaan siang (DRL). Rekaannya juga dilengkapi corong kemasukan udara dengan Penutup Gril Aktif (AGS) yang menambah baik aerodinamik serta penyejukan. SUV ini hadir dengan rim ‘Trident’ 20 inci dan rekaan bahagian sisi yang elegan.

WhatsApp Image 2024-10-16 at 4.30.58 PM
WhatsApp Image 2024-10-16 at 4.30.58 PM (1)

SUV ini dibina menggunakan platform Leap 3.0 yang menawarkan prestasi elektrifikasi yang unggul dan ruang dalaman yang luas. Dengan dimensi 4,739mm panjang, 1,900mm lebar, dan 1,680mm tinggi, ia sesuai untuk keluarga moden dan golongan profesional yang mahukan gabungan gaya dan fungsi.

Leapmotor C10 menggunakan bateri Lithium-Iron Phosphate (LFP) berkapasiti 69.9kWh dan motor elektrik Permanent Magnetic Synchronic yang menghasilkan 214hp dan tork 320Nm. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 7.5 saat, dengan jarak pemanduan sehingga 424 km (WLTP). Tempoh pengecasan pantas menggunakan DC hanya 30 minit untuk mencapai pengecasan 30% hingga 80%.

WhatsApp Image 2024-10-16 at 4.30.57 PM (1)

Kabin C10 menonjol dengan kemasan berkualiti tinggi, skrin info hiburan 14.6 inci, dan sistem audio 12 pembesar suara. Penumpang boleh menikmati ruang yang luas dengan tempat duduk belakang yang boleh dilipat rata, menjadikannya sesuai untuk aktiviti luar seperti Camp Mode dan Nap Mode.

Leapmotor C10 juga dilengkapi dengan teknologi ADAS Tahap 2 Leap Pilot, menawarkan ciri keselamatan canggih seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Autonomous Emergency Braking (AEB), dan banyak lagi.

SUV elektrik ini ditawarkan pada harga pengenalan RM149,000 sehingga 30 November sahaja, manakala ia akan kembali pada harga asal RM159,000 (OTR tanpa insuran) dengan pilihan warna seperti Glazed Green, Pearly White, dan Canopy Grey.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Android 15 Versi Stabil Kini Tersedia Untuk Peranti Pixel
  • Lenovo Lancar ThinkSystem N1380 Neptune, Penyejukan Cecair Untuk Pusat Data
  • Lenovo Perkenal ThinkPad X1 2-in-1 Gen 10 Aura Edition
  • Bateri EV Anod Silikon 100% Pertama Di Dunia Dilancarkan, 5 Minit Cas Beri 300km

Sumber: Siaran media Leapmotor

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY