Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Had Usia Penggunaan Teksi, E-Hailing Dinaikkan Kepada 15 Tahun

Had Usia Penggunaan Teksi, E-Hailing Dinaikkan Kepada 15 Tahun

Diterbitkan April 3, 2023 · Dikemas kini April 3, 2023 oleh Amalina Athman

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) kini memaklumkan pelanjutan had usia penggunaan kenderaan teksi dan e-hailing yang dinaikkan kepada 15 tahun. Ianya adalah sejajar dengan hasrat Kementerian Pengangkutan dalam usaha melestarikan industri teksi dan e-hailing ke arah menambahbaik sistem pengangkutan negara.

Berkaitan

  • Kerajaan Akan Pinda Umur Dapatkan GDL Daripada 21 Ke 18 Tahun - Anthony Loke
  • Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Tidak Lagi Eksklusif Kepada PUSPAKOM - Anthony Loke
  • Operasi LRT Di Enam Stesen Akan Dihentikan Mulai 2 April

Pelanjutan had usia teksi dan e-hailing ini terpakai bagi kedua-dua kelas teksi dan e-hailing di Semenanjung Malaysia serta bagi kelas e-hailing di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Pelanjutan terpakai bagi kenderaan dalam kelas lesen teksi dan e-hailing yang telah mencapai had usia maksimum dalam tempoh bermula 1 Januari 2023.
  • Semua kenderaan yang akan diberi kelulusan tersebut mematuhi dan melepasi semua syarat pemeriksaan berkala wajib PUSPAKOM.
  • Mematuhi syarat operasi lain yang ditetapkan bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan, keselesaan pengguna dan imej industri.

Pertanyaan lanjut berhubung syarat pelanjutan boleh didapati di portal rasmi APAD, iaitu www.apad.gov.my atau hadir terus ke pejabat APAD berhampiran. Bagi permohonan di Sabah, Sarawak dan Persekutuan Labuan, hubungi pihak Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak untuk maklumat lanjut.

Sumber: MOT

Gambar utama: Berita RTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY