Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tambang Percuma Untuk LRT, MRT Dan Semua Di Bawah RapidKL Mulai Hari

Operasi LRT Di Enam Stesen Akan Dihentikan Mulai 2 April

Diterbitkan Mac 31, 2023 oleh Amalina Athman

Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling, yang melibatkan stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur, akan diberhentikan bermula 2 April ini.

Berkaitan

  • MRT Laluan Putrajaya Dibuka Secara Percuma Sehingga 31 Mac Ini
  • Setel Kini Sokong DuitNow QR, Boleh Guna Untuk Pembayaran Di Kedai

Rapid Rail memaklumkan ia dihentikan kerana tren yang digunakan untuk perkhidmatan di antara Stesen Bandaraya ke Stesen Sentul Timur tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian yang telah ditetapkan dan terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.

Ianya adalah susulan daripada kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran Stesen LRT Bandaraya yang telah menyebabkan tren tidak dapat kembali ke Depoh LRT di Ampang untuk menjalani kerja-kerja penyelenggaraan semenjak 27 Januari 2023.

Sebagai alternatif, pihak Rapid Rail akan menyediakan perkhidmatan Bas Ekspres percuma LRT 13 dan LRT 14 bermula Ahad ini sebagai tambahan kepada perkhidmatan Bas LRT 11 sedia ada.

Operasi LRT Di Enam Stesen Akan Dihentikan Mulai 2 April

Sementara itu, bermula 2 April 2023 juga, perkhidmatan bas LRT 9 (LRT Hang Tuah – LRT Bandaraya) dan bas LRT 10 (LRT Masjid Jamek – LRT Bandaraya) akan ditamatkan.

Sumber: Rapid Rail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY