Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro Max_a

Gurman: Tiada iPhone 15 Pro Max Dan Ultra, Hanya Salah Satu

Diterbitkan September 4, 2023 · Dikemas kini September 4, 2023 oleh Amalina Athman

Menjelang pelancaran minggu depan, khabar angin baru-baru ini mengatakan Apple akan melancarkan lima model iPhone 15, termasuk iPhone 15 Pro Max dan iPhone 15 Ultra.

Berkaitan

  • Apa Yang Diketahui Mengenai iPhone 15 Setakat Ini
  • Apple Sahkan Acara Pelancaran iPhone 15 Akan Berlangsung Dua Minggu Lagi
  • iPhone 15 Akan Lebih Ringan, Versi Pro Max Pula Akan Tersedia Lebih Lewat

Apple dikatakan akan memperkenal iPhone 15 Pro Max dengan 6GB RAM dan storan sehingga 1TB, manakala versi iPhone 15 Ultra dilengkapi 8GB RAM dan 2TB storan serta ciri kamera yang lebih baik daripada model Pro.

Bagaimanapun, Mark Gurman telah menyangkal dakwaan mengenai kehadiran dua versi berasingan Pro Max dan Ultra. Sebaliknya, beliau percaya hanya salah satu model 6.7-inci tersebut yang akan dilancarkan.

Secara keseluruhan, empat model akan diperkenal iaitu iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan model paling premium yang belum diketahui akan membawa nama “Pro Max” atau “Ultra”.

There’s only one new high-end 6.7 inch iPhone. No Pro Max and Ultra this year. Perhaps next year as I wrote in February. https://t.co/mSVCEotmtG https://t.co/OGrU2l3iKn

— Mark Gurman (@markgurman) September 2, 2023

Menjelas mengenai spekulasi yang timbul, peniris Majin Bu berkata ia mungkin kerana pembuat sarung pelindung tidak pasti nama yang bakal digunakan untuk model paling premium, dan menjadikan mereka meletakkan kemungkinan nama termasuk “Ultra” dan “Pro Max”.

It seems that the case markers are unsure of the iPhone 15 names so they have entered all possible names including "Ultra" and "Pro Max", this would explain why there are two separate versions. Personally, as I said, I am increasingly convinced that there will be only one iPhone… pic.twitter.com/oblyye2HX4

— Majin Bu (@MajinBuOfficial) September 1, 2023

Apapun, kita nantikan acara yang akan berlangsung minggu depan untuk pengesahan mengenai siri iPhone 15.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljqh5u
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljozap

Sumber: Mark Gurman, Majin Bu

Gambar utama: @atuos_user

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY