Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
titanium iphone

iPhone 15 Akan Lebih Ringan, Versi Pro Max Pula Akan Tersedia Lebih Lewat

Diterbitkan September 1, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Penganalisis terkenal, Ming-Chi Kuo hadir dengan beberapa maklumat terkini tentang pengilangan iPhone 15.

Beberapa isu melibatkan tindanan sensor (stacked CIS), panel, bateri yang mengembang apabila terdedah pada haba dan bingkai aluminium akhirnya dapat diselesaikan menjelang perasmiannya kurang 2 minggu lagi.

Isu tindanan sensor ini diselesaikan dengan meningkatkan kapasiti pengeluaran, akan tetapi 10%-15% daripada model biasa masih akan terjejas.

iPhone 15_render 3

Untuk panel pula, ia diselesaikan dengan menukar nisbah pengeluaran pembekal. Ini mungkin bermakna Samsung menerima pesanan yang lebih tinggi daripada BOE selepas beberapa isu dengan BOE yang dilaporkan sebelum ini.

Selain itu, Apple juga menurut Kuo telah membatalkan butang maya (virtual) lalu memberi kesan pada pengeluaran bingkai titanium. Akan tetapi, ia sudah selesai dan iPhone 15 kelak dijangka lebih ringan kerana tidak lagi menggunakan aluminum.

Berkaitan

  • Apa Yang Diketahui Mengenai iPhone 15 Setakat Ini
  • iPhone 15: Mungkin Ini Rupa Dan Spesifikasi Kabel USB-C Yang Akan Diperkenal Apple
  • Tiada Warna Emas, iPhone 15 Pro Dijangka Hadir Dengan Dua Warna Baru
  • "Jangan Letak iPhone Di Bawah Bantal Ketika Dicas" - Apple
  • Kuo: iPhone 15 Pro Max Dijangka Jadi Model Paling Laris
  • Apple Sahkan Acara Pelancaran iPhone 15 Akan Berlangsung Dua Minggu Lagi

Penggunaan titanium sebagai bingkai akan mengurangkan berat iPhone.

Berita yang lebih besar ialah pengeluaran versi Pro Max (mungkin juga Ultra namanya kelak) adalah yang terakhir dimulakan, justeru akan tersedia di pasaran lebih lewat daripada model-model lain.

iPhone 15 Pro warna

Soal warna pula, Kuo berkata iPhone 15 Pro mungkin hadir dengan warna kelabu, hitam dan biru. Model biasa berkemungkinan datang dengan warna hitam, kuning, hijau, biru dan merah jambu..

Sumber: Ming-Chi Kuo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY