Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Graduan Bakal Nikmati Gaji Minimum RM2,500, Kebajikan Pekerja E-Hailing Dan P-Hailing Lebih Terjamin

Graduan Bakal Nikmati Gaji Minimum RM2,500, Kebajikan Pekerja E-Hailing Dan P-Hailing Lebih Terjamin

Diterbitkan Oktober 9, 2026 · Dikemas kini Oktober 9, 2026 oleh ariff bukhari

Dalam pembentangan Belanjawan 2027, Kerajaan MADANI mengumumkan langkah proaktif bagi membela kebajikan pekerja serta memastikan pendapatan yang lebih bermaruah di seluruh negara.

Bagi sektor ekonomi gig, pakej bernilai RM160 juta disediakan.

Inisiatif ini merangkumi peningkatan kadar pendapatan minimum, bantuan kos penyelenggaraan kenderaan, perlindungan insurans, serta caruman PERKESO khusus untuk pekerja e-hailing dan p-hailing.

Graduan Bakal Nikmati Gaji Minimum RM2,500, Kebajikan Pekerja E-Hailing Dan P-Hailing Lebih Terjamin
Screenshot 2026-10-09 at 4.00.10 PM

 

Di samping itu, kerangka pendapatan baharu turut diperkenalkan bagi mengiktiraf tenaga kerja berkemahiran.

Kadar gaji minimum bagi pekerja separa mahir dan graduan kini ditetapkan pada RM2,500 sebulan.

Bagi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kadar gaji sara hidup ditingkatkan daripada RM3,100 kepada RM3,400 sebulan.

Screenshot 2026-10-09 155550

Pengumuman ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menangani cabaran kos sara hidup, mengukuhkan perlindungan sosial, dan memelihara kesejahteraan warga kerja di pelbagai sektor.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pengguna Starlink Di Malaysia Dilapor Dihadkan Kelajuan Selepas Guna 5TB Data
  • SARA MADANI 2027: Rakyat Malaysia Berusia 18 Tahun Ke Atas Terima RM100 Sebanyak Dua Kali

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY