Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GPU MSI

GPU MSI RTX 50 Kini Lebih Berprestasi, Sejuk Dan Bergaya

Diterbitkan Mei 20, 2025 oleh Amsyar Latif

MSI memperkenalkan barisan kad grafik berasaskan NVIDIA GeForce siri RTX 50 di COMPUTEX 2025, menampilkan gabungan teknologi berkuasa tinggi dengan reka bentuk yang kreatif dan sistem penyejukan yang lebih maju.

Kad grafik siri RTX 50 menggunakan seni bina baharu NVIDIA Blackwell, yang menawarkan peningkatan besar dalam prestasi grafik dan pemprosesan AI. Ia menyokong DLSS 4, mempercepatkan rendering, dan direka untuk mencipta kandungan dengan lebih pantas melalui NVIDIA Studio.

Antara model yang mencuri perhatian ialah:

  • SUPRIM TITANIUM EDITION – direka dengan bahan titanium untuk ketahanan tinggi dan ringan, sesuai untuk pengguna yang mahu prestasi maksimum dengan ketahanan jangka panjang.
  • CYCLONE VISUAL – memperkenalkan konsep baru dengan paparan video terbina dalam pada sistem kipas, menjadikannya bukan hanya penyejuk, tetapi juga elemen visual interaktif.
  • TWIN FROZR 2025 – kekalkan estetika klasik tetapi hadir dengan fin campuran kuprum-aluminium dan reka bentuk tanpa lubang solder untuk penyejukan lebih efisien.

MSI turut mempamerkan vapor chamber dan reka bentuk paip teras terkini yang meningkatkan penghantaran haba secara menyeluruh, bagi memastikan GPU kekal sejuk walaupun dalam beban kerja tinggi.

Selain itu, siri EXPERT yang juga berasaskan RTX 50, memenangi iF Design Award 2025. Ia menekankan keseimbangan antara prestasi, reka bentuk dan kecekapan penyejukan, sesuai untuk pengguna profesional mahupun gamer tegar.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • MSI Lancar Barisan Papan Induk Baharu Dengan Ciri Terkini Untuk AMD Ryzen
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • MSI Serius Dengan AI, Dari Pembantu Maya Hingga Setup LLM Sendiri

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY