Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GPT 6.1 Sol

GPT-6.1 Sol Rasmi, Hampir Setanding Astra Pada Kos Jauh Lebih Rendah

Diterbitkan September 30, 2026 oleh Amsyar Latif

OpenAI memperkenalkan GPT-6.1 Sol, model AI baharu yang membawa peningkatan dalam pengaturcaraan, kerja profesional, penggunaan komputer, penyelidikan saintifik dan ketepatan fakta.

Menurut OpenAI, GPT-6.1 Sol dibangunkan untuk menawarkan prestasi yang hampir dengan GPT-6 Astra bagi beberapa jenis tugasan, tetapi pada kos jauh lebih rendah. Syarikat itu menyifatkannya sebagai model dengan “prestasi kecerdasan hampir setanding Astra pada kos hanya satu perlima.”

Dalam ujian DeepSWE 1.1 untuk tugasan kejuruteraan perisian, GPT-6.1 Sol dilaporkan mampu menyamai prestasi GPT-6 Astra pada kira-kira satu perlima daripada kos.

GPT 6.1 Sol kos

Bagi tugasan penggunaan komputer pula, OpenAI berkata model itu mencatat prestasi yang hampir dengan Astra dengan kos sekitar satu pertujuh bagi setiap tugasan.

GPT-6.1 Sol turut membawa peningkatan dari segi ketepatan fakta.

Pada tahap penaakulan rendah, kadar kesilapan fakta turun daripada 11.4% pada GPT-6 Sol kepada 7.7%, bersamaan pengurangan sekitar 32%. OpenAI berkata peningkatan ini membantu menjadikan jawapan model lebih boleh dipercayai untuk tugasan kerja dan penyelidikan.

Walaupun prestasinya meningkat, harga API masih dikekalkan pada kadar sama seperti GPT-6 Sol.

Ia berharga AS$2 bagi setiap sejuta token input, AS$0.10 untuk input yang menggunakan cache dan AS$10 bagi setiap sejuta token output.

OpenAI turut menyatakan GPT-6.1 Sol lebih cekap untuk tugasan yang memerlukan penggunaan alat, termasuk melayari web, berinteraksi dengan perisian dan menjalankan proses berbilang langkah.

Model itu juga menerima penambahbaikan dalam keupayaan mengikut arahan dan mengekalkan konteks sepanjang tugasan yang lebih panjang.

GPT-6.1 Sol kini tersedia kepada pengguna ChatGPT Plus, Pro, Business, Enterprise dan Edu menerusi ChatGPT Work dan Codex.

Buat masa ini, ia masih belum ditawarkan dalam Chat biasa. Untuk pembangun, model tersebut boleh diakses melalui API sebagai gpt-6.1-sol.

Berkaitan

  • Bekas Penyelidik OpenAI Dan Anthropic Benar-Benar Percaya AI Boleh Mengancam Seluruh Umat Manusia
  • Dots Ialah Ejen AI Baharu OpenAI Yang Boleh Urus Kerja Secara Autonomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY