Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP, OpenAI

Dots Ialah Ejen AI Baharu OpenAI Yang Boleh Urus Kerja Secara Autonomi

Posted on September 30, 2026

OpenAI memperkenalkan Dots, ejen AI baharu yang direka untuk membantu pengguna menyiapkan tugasan dan projek secara lebih autonomi tanpa perlu diberi arahan bagi setiap langkah.

Berbeza dengan penggunaan ChatGPT biasa yang lebih bersifat interaktif, Dot boleh diberikan satu matlamat dan kemudian mengurus beberapa langkah kerja sendiri. Ia dikuasakan oleh GPT-6 Astra serta mempunyai akses kepada komputer awan dan pelayar sendiri.

Menurut OpenAI, Dots boleh disambungkan kepada lebih 4,000 aplikasi melalui ekosistem plugin, sekali gus membolehkan ia bekerja merentasi pelbagai perkhidmatan yang digunakan pengguna.

Dot juga boleh berinteraksi melalui ChatGPT, Slack atau Microsoft Teams, termasuk menghantar kemas kini, bertanya soalan atau meminta kelulusan apabila sesuatu tindakan memerlukan perhatian pengguna.

Antara contoh penggunaan yang diberikan termasuk membaiki pepijat berdasarkan maklum balas pelanggan, mengemas kini bahan pelancaran apabila skop projek berubah, menjalankan semula analisis apabila data baharu diterima serta menyediakan kandungan daripada transkrip temu bual.

Satu lagi fungsi utama ialah proactive research. Apabila pengguna tidak sedang berinteraksi dengannya, Dot boleh memeriksa aplikasi yang sudah disambungkan dalam mod baca sahaja untuk mencari perkara yang mungkin memerlukan tindakan.

https://x.com/OpenAI/status/2104984504133918973?s=20

OpenAI memberi contoh seorang penguji awal yang Dot-nya mengesan satu invois belum dihantar. Ejen tersebut kemudian menyediakan invois berkenaan sebelum meminta kelulusan pengguna untuk menghantarnya.

Walaupun lebih autonomi, OpenAI berkata pengguna masih mempunyai kawalan terhadap apa yang boleh dilakukan oleh Dot.

Pengguna boleh menentukan aplikasi mana yang boleh diakses, tindakan mana yang boleh dilakukan secara automatik, tindakan yang memerlukan kelulusan dan perkara yang perlu disekat sepenuhnya. Sesetengah tindakan sensitif seperti menukar kata laluan masih perlu dilakukan sendiri oleh pengguna.

Buat masa ini, Dots mula dilancarkan kepada pengguna ChatGPT Pro dan Business Premium di pasaran terpilih. Pengguna Enterprise, termasuk Edu dan Healthcare, pula boleh mengakses versi beta jika diaktifkan oleh pentadbir.

Dot pertama disertakan tanpa caj tambahan untuk pengguna Pro dan Business Premium.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress