Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GoPro Bakal Lancar Kamera 360 Baharu

GoPro Bakal Lancar Kamera 360 Baharu

Diterbitkan Julai 7, 2025 · Dikemas kini Julai 7, 2025 oleh ariff bukhari

Persaingan kategori kamera 360 darjah nampaknya akan menjadi semakin sengit apabila GoPro mengacah dengan imej yang dipercayai sebagai GoPro Max 2.

Dalam gambar yang dikongsi dengan kapsyen “Dropping”, kelihatan jelas tulisan Max 2 pada sisi kamera, memberi petunjuk bahawa ini adalah model baru yang sebenar, berbanding versi GoPro Max 2025 yang dilancarkan pada April baru-baru ini tanpa alami perubahan besar.

https://x.com/GoPro/status/1941844693567799432

GoPro Max 2 dijangka hadir dengan peningkatan besar, termasuk sirip penyejuk lebih besar, sokongan 8K, sensor lebih besar, pemproses lebih pantas, bateri lebih baik, dan perisian yang diperbaharui.

GoPro Max 2 bakal hadir selepas hampir enam tahun sejak model pertamanya dilancarkan pada Oktober 2019 dahulu.

Persaingan kamera 360 darjah antara GoPro, Insta360, dan DJI ini pastinya akan menguntungkan pembeli yang bukan sahaja diberi lebih banyak pilihan tapi juga mungkin harga  yang lebih baik.

Berkaitan

  • GoPro Max 360 Rasmi Di Malaysia – Kamera 360° Dengan Resolusi 5.6K
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Pekerja Microsoft Dibuang, Eksekutif Xbox Cadang Guna AI Untuk Sokongan Emosi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY