Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vids_August_Momentum_Blog_Header_2436x1200.max-2500×2500 (1)

Google Vids Kini Percuma Untuk Semua, Ciri AI Lebih Banyak Untuk Pelanggan Berbayar

Diterbitkan Ogos 28, 2025 · Dikemas kini Ogos 28, 2025 oleh Amalina Athman

Sejak tahun lalu, Google Vids hanya ditawarkan kepada pelanggan Workspace, Google AI Pro dan Google AI Ultra. Kini, ia mula diperluaskan kepada semua pengguna secara percuma.

Vids ialah alat suntingan video dengan antaramuka berasaskan pelayar, fungsi penyuntingan kolaboratif serta alatan AI generatif yang hanya tersedia untuk pelanggan berbayar.

Semua akaun percuma akan mendapat akses kepada versi asas Vids, tanpa Gemini. Sama seperti Google Slides, ia menawarkan lebih 100 pilihan templat termasuk tips, dokumentari dan perayaan. Pengguna juga boleh menghasilkan video dengan menukar pembentangan Google Slides, memuat naik klip sedia ada, atau merakam diri sendiri.

Google Vids_2

Sepanjang proses penyuntingan, pengguna boleh menambah imej, media stok, audio, objek dan lain-lain, serta menyesuaikan peralihan mengikut keperluan. Setelah siap, video boleh dikongsi melalui pautan atau dimuat turun sebagai fail MP4.

Pelanggan berbayar

Vids_August_Momentum_Blog_Header_2436x1200.max-2500×2500 (1)

Bagi pelanggan berbayar, Gemini dalam Google Vids membolehkan pengguna memasukkan arahan (prompt) untuk mencipta rangka video dan menjana klip menggunakan Veo 3 atau imej dengan Imagen 4.

Google Vids Kini Percuma Untuk Semua, Ciri AI Lebih Banyak Untuk Pelanggan Berbayar

Ciri baharu termasuk keupayaan menukar imej menjadi video dan pemangkasan (trim) transkrip secara automatik.

Avatar AI yang boleh membaca skrip kini juga tersedia, sesuai untuk menghasilkan demo, latihan dan video sokongan lain.

Bulan depan, Google Vids akan menambah ciri pembatalan hingar, manakala format saiz baharu termasuk potret, landskap, dan segi empat sama akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Google Gemini Kini Boleh Hasilkan Buku Cerita
  • AI Mode Dalam Google Search Kini Tersedia Di 180 Negara
  • Semua Pengguna Kini Boleh Cuba Janaan Imej Gemini 'Nano Banana'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY