Google kini melancarkan beberapa ciri baharu dalam Vertex AI, termasuk model Lyria, teknologi generatif muzik daripada teks. Dengan tambahan Lyria, Vertex AI menjadi satu-satunya platform AI dengan keupayaan generatif lengkap merangkumi imej, video, audio, dan muzik.
Pengguna boleh mencipta kandungan multimedia lengkap, bermula dengan teks hingga ke video berserta muzik latar dan suara secara automatik.
Lyria menghasilkan muzik berkualiti tinggi dalam pelbagai genre, membantu perniagaan memperkuatkan penjenamaan dengan penciptaan runut bunyi tersuai yang pantas dan menjimatkan kos, khususnya dalam pemasaran digital serta kandungan video dan audio siar.
https://x.com/GoogleCloudTech/status/1910009872508211444
Model video generatif Google, Veo 2, turut menerima beberapa fungsi penyuntingan baharu seperti inpainting (menghilangkan objek daripada video), outpainting (memanjangkan bingkai video untuk pelbagai format skrin), serta kawalan kamera dan komposisi sinematik profesional secara automatik.
Ini mempercepatkan proses suntingan, menghasilkan kandungan video berkualiti tinggi tanpa kos tinggi dan kompleksiti penghasilan biasa.
https://x.com/GoogleCloudTech/status/1910009965042901200
Dalam model audio pula, Chirp 3 kini memperkenalkan ciri Instant Custom Voice, membolehkan penciptaan suara realistik tersuai dengan hanya 10 saat sampel audio.
https://x.com/GoogleCloudTech/status/1910010000132407443
Ciri ini berguna untuk aplikasi seperti pusat panggilan, podcast, dan penjenamaan suara unik. Chirp 3 juga mempunyai keupayaan transkripsi audio dengan pengasingan penutur secara jelas.
Imagen 3, model imej generatif Google, pula kini menawarkan kualiti imej lebih tinggi serta penyuntingan lebih lancar, terutamanya dalam fungsi penghapusan objek (inpainting) yang kelihatan lebih natural dan sempurna.
https://x.com/GoogleCloudTech/status/1910010034664128990
Semua teknologi ini dilengkapi perlindungan keselamatan seperti tera air (watermark) melalui SynthID serta kawalan data pengguna yang ketat, menjamin keselamatan dan privasi. Google turut menawarkan perlindungan indemniti hak cipta bagi kandungan yang dijana.
Beberapa jenama terkemuka seperti L’Oreal, Kraft Heinz dan Goodby Silverstein telah pun menggunakan teknologi ini dalam kempen mereka, mempercepatkan penghasilan kandungan dengan lebih efisien, kreatif, serta menjimatkan kos.
{suggest}