Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jepun Guna Aplikasi Kamera Dengan Teknologi AI Untuk Selamatkan Pokok Sakura

Jepun Guna Aplikasi Kamera Dengan Teknologi AI Untuk Selamatkan Pokok Sakura

Diterbitkan April 9, 2025 · Dikemas kini April 9, 2025 oleh Amsyar Latif

Kirin, sebuah syarikat minuman terkenal Jepun, telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) yang dipanggil Sakura AI Camera untuk membantu usaha pemuliharaan pokok sakura yang semakin tua.

Teknologi ini membolehkan pengguna mengambil gambar pokok sakura menggunakan telefon pintar, seterusnya memuat naik imej tersebut ke laman web khas.

AI kemudian akan menganalisis gambar berkenaan bagi menilai keadaan pokok berdasarkan skala lima tahap, dari kategori “sangat sihat” hingga “membimbangkan”.

Jepun Guna Aplikasi Kamera Dengan Teknologi AI Untuk Selamatkan Pokok Sakura
Foto: campaign brief asia

Sakura AI Camera dilatih dengan lebih 5,000 gambar pokok sakura dan telah menerima sekitar 20,000 foto sejak diperkenalkan bulan lalu.

Data yang dikumpul dipaparkan secara percuma dalam talian bagi membantu pihak berkuasa tempatan merancang pemuliharaan pokok, mengenal pasti pokok bermasalah, dan mengurangkan kos penyelenggaraan.

Alat ini turut disokong oleh pakar-pakar arborikultur Jepun yang percaya bahawa perubahan iklim turut menyumbang kepada keadaan kesihatan pokok sakura yang semakin merosot.

Dengan adanya teknologi ini, Kirin berharap agar pokok sakura yang ikonik dan signifikan dalam budaya Jepun dapat terus dipelihara untuk generasi akan datang.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • China Sedang Bangunkan Antara Muka Generasi Baharu Selaju 192Gbps
  • Penyelidik Guna Teknologi Awan Kesan Dan Buang 'Malware' Dari Peranti Android
  • Selepas Pupus Lebih 10,000 Tahun, Serigala Purba "Kembali Dihidupkan"

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY