Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Umum Pelaburan Tunggal Terbesar Di Eropah, €13 Bilion Untuk Finland

Posted on September 9, 2026

Google mengumumkan pelaburan €13 bilion di Finland dalam tempoh dua tahun akan datang, yang disifatkan syarikat itu sebagai pelaburan tunggal terbesarnya di Eropah setakat ini.

Pelaburan tersebut akan memberi tumpuan kepada pengembangan infrastruktur digital dan AI, termasuk kapasiti pusat data Google di Hamina yang telah beroperasi sejak lebih sedekad lalu.

Menurut Google, pengembangan ini diperlukan bagi menyokong peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan seperti Search, Maps dan Gemini, selain memperkukuh infrastruktur pengkomputeran awan dan AI syarikat di Eropah.

Google menganggarkan projek berkenaan akan menyokong lebih 37,000 pekerjaan di Finland sepanjang fasa pembinaan pada 2027 dan 2028, selain menyumbang sekitar €3.6 bilion setahun kepada KDNK Finland.

Selepas siap, kemudahan tersebut dijangka terus menyokong ribuan pekerjaan tetap berkaitan operasi pusat data dan ekosistem digital.

Selain pembangunan infrastruktur, Google turut menyediakan €31 juta untuk komuniti di Hamina, Kajaani, Muhos dan Vaala dalam tempoh empat tahun.

Dana tersebut akan digunakan bagi program pembangunan kemahiran, termasuk latihan AI kepada lebih 4,400 pekerja serta program khusus untuk 100 pelajar Finland yang berminat membina kerjaya dalam bidang pusat data.

Bahagian tenaga turut menjadi komponen penting dalam pengembangan ini.

Google menandatangani perjanjian jangka panjang selama 22 tahun berkaitan loji tenaga nuklear Loviisa, selain menambah penggunaan tenaga angin darat dan sistem penyimpanan bateri berkapasiti 94MW.

Langkah itu bertujuan memastikan bekalan tenaga lebih stabil untuk operasi pusat data, terutama ketika permintaan tinggi atau apabila pengeluaran tenaga boleh diperbaharui menurun.

Google telah berada di Hamina sejak sekitar 15 tahun lalu selepas menukar bekas kilang kertas menjadi pusat data.

Dengan pelaburan baharu ini, Finland dijangka memainkan peranan lebih besar dalam infrastruktur AI Google di Eropah, khususnya ketika syarikat teknologi berlumba-lumba menambah kapasiti pengkomputeran untuk menyokong model AI berskala besar.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress