Pepijat pada peranti tersebut membolehkan penggodam menyerang dan mengakses data penggunanya dalam jarak 30 kaki.
Google hari ini telah mengisukan penarikan semula peranti keselamatan 'Titan Security Key' daripada para penggunanya berikutan isu kelemahan ciri keselamatan yang ada pada peranti tersebut.
Menurut Google, peranti yang menggunakan teknologi sambungan Bluetooth Low Energy (BLE) ini didapati protokol sambungannya telah dikonfigurasi secara salah yang menyebabkan peranti tersebut boleh digodam secara fizikal dalam jarak 30 kaki dari penggunanya.
Peranti 'Titan Security Key' yang terjejas boleh dikenal pasti dengan tanda T1 atau T2 pada bahagian belakang peranti tersebut.
Jadi, sekiranya anda memiliki peranti yang terjejas dengan isu ini, anda boleh menukar gantinya dengan peranti yang baru secara percuma dari Google dengan melayari laman google.com/replacemykey.
Sebelum ini, pihak Google telah pun dikritik oleh YubiCo, pesaing pengeluar kunci keselamatan Google kerana melancarkan kunci keselamatan yang menggunakan teknologi Bluetooth.
YubiCo menyifatkan, penggunaan teknologi Bluetooth Low Energy (BLE) pada peranti kunci keselamatan Google tersebut tidak memberikan jaminan sepertimana tahap keselamatan NFC dan USB.
Malah mereka mengatakan, peranti 'Titan Security Key' Google yang perlu dikuasakan dari bateri adalah sebagai tidak menarik.
Sumber: Engadget
Berkaitan
- Google Pertingkatkan Kuasa Grafik Pelayar Chrome Dengan WebGPU
- Buat Kali Pertama Serpihan Kapal Selam Titan Yang Musnah Dilihat
- 1 Daripada 5 Aplikasi Kanak-Kanak Di Google Play Store Didapati Melanggar Akta Perlindungan Privasi Kanak-Kanak Atas Talian
- INTERPOL Iktiraf Pasukan Forensik Digital CyberSecurity Malaysia
- Huawei Sedang Berusaha Membangunkan Platfom Seperti Google Play Store Khusus Untuk HongmengOS
- Google Menghasilkan Potrait Margaret Hamilton Seluas 1.4 Batu Persegi Menggunakan Cermin Dan Bulan
- Jangan Muat Turun Aplikasi Palsu Samsung Ini Dari Google Play Store
- Ini Cara Memasang Google Play Games Beta Di PC Windows Anda
- Pempengaruh Kripto Hilang Aset Selepas Memasang 'Aplikasi' Dari Iklan Carian Google
- Google Akan Buang Gambar Tak Senonoh Anda Dari Carian, Jika Anda Minta