Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
data rakyat

Pempengaruh Kripto Hilang Aset Selepas Memasang ‘Aplikasi’ Dari Iklan Carian Google

Diterbitkan Februari 8, 2023 oleh ariff bukhari

Penggodam dikesan menyediakan laman sesawang palsu dengan menawarkan perisian percuma dan sumber terbuka yang popular melalui iklan dalam hasil carian Google.

Teknik pancingan itu sekurang-kurangnya dilaporkan telah berjaya memperdaya seorang pengguna terkemuka dalam dunia mata wang kripto.

Mangsa menerusi akaun Twitternya, NFT God mendakwa beberapa mangsa lain turut terkesan selepas memuat turun aplikasi itu yang mengakibatkan semua aset kripto digital mereka bersama-sama dengan kawalan ke atas akaun profesional dan peribadi mereka telah digodam dan dicuri.

Last night my entire digital livelihood was violated.

Every account connected to me both personally and professionally was hacked and used to hurt others.

Less importantly, I lost a life changing amount of my net worth

— Alex Finn (@AlexFinnX) January 15, 2023

Beliau mendakwa telah digodam selepas melancarkan perisian rakaman video Open Broadcaster Software (OBS) dan perisian penstriman langsung yang dimuat turun daripada iklan dalam hasil carian Google.

Ekoran itu, pengguna dinasihatkan supaya memastikan hanya memuat turun dan memasang aplikasi-aplikasi dari sumber pautan yang sah sahaja.

Tidak daripada aplikasi-aplikasi dari sumber pautan URL yang tidak diketahui kesahihannya.

Sumber: Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Gimik Atau 'Barang Baik'? Ini Beza Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy Dengan Snapdragon Biasa
  • Pelayar Chrome Kini Tidak Lagi Menyokong 4 Sistem Operasi Komputer Ini
  • Pencabar Samsung Dan Apple? OnePlus Pad Rasmi - Cip Dimensity 9000, Skrin "Unik"

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY