Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Chrome WebGPU

Google Pertingkatkan Kuasa Grafik Pelayar Chrome Dengan WebGPU

Diterbitkan April 14, 2023 oleh ariff bukhari

Selepas enam tahun pembangunannya yang direka sejak awal tahun 2017, pasukan pembina pelayar Chrome kini memuatkan ciri terbaru yang dikenali sebagai WebGPU.

WebGPU ialah API baharu untuk laman sesawang dengan meningkatkan keupayaan perkakasan dan membenarkan operasi pemaparan dan pengiraan pada GPU sepertimana ciri yang ada pada Direct3D 12, Metal dan Vulkan.

Bahasa mudahnya, WebGPU meningkatkan grafik 3D kepada berprestasi tinggi di mana-mana laman sesawang yang anda layari.

WebGPU adalah hasil usaha sama oleh Kumpulan Komuniti “GPU untuk Web” W3C, yang merangkumi sumbangan daripada pelbagai syarikat utama seperti Mozilla, Apple, Intel dan Microsoft.

Buat masa ini, hanya pengguna pelayar Chrome 113 yang sudah menerima ciri baru ini menerusi versi Beta yang tersedia untuk platform ChromeOS, macOS dan Windows.

Sokongan untuk pelayar Firefox dan Safari pula masih sedang berjalan yang dijangka akan datang pada lewat tahun ini.

Berkaitan

  • Senarai ATM Maybank Untuk Tukar Duit Raya 2023
  • Ini 30 Syarikat Yang Paling Banyak Mengumpul Data Wajah, Suara Dan Persekitaran Anda
  • 'Gamer' Rugi Lebih RM95,000 Ditipu 'Inspektor Maria'

Sumber: Chrome

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY